World Match Racing Tour - Monsoon Cup Terengganu 2010

 
A few yachts at Monsoon Cup Terengganu 2010  --  Beberapa perahu layar (Yacht) yang bertanding di Monsoon Cup Terengganu 2010




Sebuah bot nelayan melalui kawasan ini, di belakangnya kelihatan sebuah yacht yang turut serta bertanding  (tapi waktu ni sessi latihan je kalau tak silap saya). Dengan berlatar belakangkan Bukit Besar dan Menara Felda.




Bot peronda di Ri-Yaz heritage



A teen manoeuvering a speed boat  --  Seorang remaja bermain bot laju. Ada beberapa orang yang sedang bermain bot laju di situ, saya turut merakamkan aksi mereka.




One of the participants in Monsoon Cup  --  Salah seorang peserta Monsoon Cup ini yang sedang ditemuramah



Interview session  --  Sessi temuramah peserta Monsoon Cup di atas




 
World Match Racing Tour banner




Beberapa shot yang sempat saya rakamkan pada hari pertama World Match Racing Tour - Monsoon Cup Terengganu 2010 berlangsung.  Saya pergi ke situ pun sekejap sahaja. Gambar-gambar ini bukan bertumpu kepada kapal-kapal layar sahaja tetapi juga beberapa moment yang ada di situ. (Actually hanya 2 keping je gambar kapal layar yang terlibat yang saya upload kan ni :D)

Monsoon Cup Terengganu 2010 ini berlangsung dari 30 Nov - 5 Dis , dan boleh diperhatikan dengan baik di Ri-Yaz Heritage Resort and Spa , Pulau Duyong, Kuala Terengganu, Terengganu. Saya bukan lah bersetuju sangat dengan Monsoon Cup ini kerana di sebaliknya juga berlaku banyak pembaziran dan seumpamanya, tetapi saya hanya merakamkan detik-detik yang berlaku di situ.


Ramai juga nampaknya yang berkunjung ke situ, dan masuk hanya percuma , tiada bayaran dikenakan .......  ini lah peluang anda untuk merayau-rayau dalam kawasan Ri-Yaz Heritage Resort & Spa tu ;)




Update 6 Disember 2010


Di bawah ini adalah beberapa gambar pada hari terakhir Monsoon Cup itu. Tidak banyak juga kerana saya sudah pergi lewat, ketika pertandingan sudah pun tamat huhu .......


3 kapal layar juara di Monsoon Cup 2010


Orang sedang maintenance layar yacht




My friend , Mr Harif Manaf posing beside the big screen




Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Sigma lense cap with water drops bokeh

Sigma lense cap with water drops bokeh


Tengah-tengah x dok kerja sangat, main close up penutup lense dan bokeh water drops je la huhu .......  Ambil penutup lense (lense cap)  Sigma Ultra Wide Lense saya ni, renjis-renjis kan air ke atas dia, kemudian shoot dengan Lense Sigma 70-300mm macro telephoto.




Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Menimba air di perigi

Menimba air di perigi



Salaamun alaikum. Zaman dulu-dulu sewaktu belum ada paip air lagi, begini lah biasanya kaedah orang-orang kita mandi-manda , membasuh pakaian dan seumpamanya , selain dari menggunakan laut dan sungai .......






Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Moon ray and the dark clouds

Moon ray and the dark clouds  --  Sinaran bulan dan awan gelap


Salaamun alaikum.  Menembak bersama adik saya Mohd Hanif Ahmad di pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu. Kebetulan ada sinaran rambulan (moon ray) yang memancar di horizon laut, apa lagi, terus saya lakukan 'long expose' kamera, dan ketika long expose tersebut tiba-tiba kilat memancar di langit, memberikan cahaya kebiruan pada awan.

Apabila dah agak cerah gini, moonray tersebut pun sudah kelihatan seperti sunray .......


Equipment :  Canon 50D , Sigma 10-20mm F4-5.6 EX DC lense , Triopo tripod, Shutter release cable




Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Swirling waves at Tok Jembal beach

Swirling waves at Tok Jembal beach  --  Ombak berpusar di pantai Tok Jembal


Salaam. Menembak bersama Wan Hishamuddin Wan Jusoh dan Mohd Farez Zuhairey di pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu, Terengganu. 

Niat asal untuk menembak sunrise, tetapi sunrise pada pagi tersebut tidak menjadi. Kebetulan nampak ombak berpusar-pusar di celah-celah batu di situ, saya pun datang idea untuk shoot ombak yang berpusar tu dengan kaedah slow shutter. 

Biasanya saya shoot rushing wave (ombak menyerbu) dengan menunggu ombak datang meluru ke arah kita , sampai dekat agak-agaknya baru kita shoot dengan slow shutter. Tetapi kali ini saya reverse (terbalikkan) dengan menunggu ombak tersebut balik semula ke laut kemudian shoot.

Expose selama 1.3 saat, F/8 , ISO 200, No flash.  Saya gunakan ND400 filter, kerana keadaan masa tu sudah agak cerah.


Pekenakan HDR dengan menggunakan software Easy HDR. Ubah exposure-exposure gambar secara manual dalam ACDSee pro. Kemudian final retouch dalam Photoshop CS5


Equipment :  Canon 50D , Sigma 10-20mm F4-5.6 EX DC lense , ND400 filter, Triopo tripod




Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Big tyre in a splashing wave bubbles - Night shot

Big tyre in a splashing wave bubbles - Night shot  --  Tayar dalam buih-buih ombak yang menghempas


Salaam. Menembak dengan ditemani oleh adik saya Mohd Hanif Ahmad di pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu, Terengganu. Nun jauh di depan sana adalah cahaya dari lampu-lampu kenderaan yang lalu-lalang di jalan tepi lapangan terbang Telaga Batin. 

Expose selama 204 saat, F/4 , ISO 200 , Flash ON. Saya gunakan flash untuk memberhentikan (freeze) aksi hempasan ombak itu pada tayar.  Jika tidak, air akan menjadi berkabus semata-mata ....... kerana kali ini saya mahu agar moment splash tu dapat ditangkap dalam night shot saya.

Retouch dalam Photoshop CS5 .......


Equipment :  Canon 50D , Sigma 10-20mm F4-5.6 EX DC lense , Triopo tripod, Shutter release cable




Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Concrete chairs, sunrise and reflection at Teluk Ketapang beach

Concrete chairs, sunrise and reflection at Teluk Ketapang beach  --  Kerusi konkrit, sunrise dan refleksi di pantai Teluk Ketapang


Salaam. Agak lama dah saya tidak menembak sunrise, terutamanya musim-musim hujan di mana cuaca tidak menentu ni. Amat payah nak jumpa sunrise yang berwarna-warni langitnya. Alhamdulillah, pada pagi 2 hari yang lalu bersua lagi dengan sunrise yang berwarna-warni langitnya, alhamdulillah. 

Keluar menembak sunrise ni ditemani oleh Mohd Fazrey Zuhairey di pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu, Terengganu .......  Kebetulan ternampak lopak-lopak air yang memberikan refleksi terhadap moment di langit. Lopak-lopak air tu disebab kan oleh hujan yang lebat pada malam sebelumnya.


Equipment :  Canon 50D , Sigma 10-20mm F4-5.6 EX DC lense , Triopo tripod, Shutter release cable




Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Kren tersadai di tengah lautan - Night shot

Stranded crane at sea  --  Kren tersadai di tengah lautan - Night shot


Salaam. Menembak dengan ditemani oleh adik saya Mohd Hanif Ahmad di kawasan pantai kampung Ladang juga. Bebatu yang ditambun ini berada di tengah-tengah laut juga, yang menempatkan dua buah rumah api sebagai penanda kepada kapal-kapal dan bot yang mahu berlabuh di situ.

Saya tidak pasti sama ada kren ini akan digunakan lagi atau tidak , nampak macam dah tersadai dan tidak digunakan.  Tetapi jika masih digunakan, saya pun tidak sempat nak berfikir, macam mana diorang boleh bawa balik ke daratan yer?  hhhmmmm

Kebetulan malam tu ada 4 orang polis datang tanya buat apa. Salah seorang kata "orang lain duk ngail, awok duk ambik gambar".

Saya kemudiannya tunjukkan gambar-gambar dalam kamera. Terkejut mereka tengok gambar shoot malam jadi cerah macam siang. Pada hal x pakai flash pun :D

Expose selama 206 saat , F/5 , ISO 100 , No flash



Equipment :  Canon 50D , Sigma 10-20mm F4-5.6 EX DC lense , Triopo tripod, Shutter release cable




Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Crevices and twin light houses - Night shot

Crevices and twin light houses - Night shot  --  Rekahan-rekahan dan rumah api kembar 


Salaam. Menembak bersama Wan Hishamuddin, Azhar Idris, Kamrul Ariffin dan Abdul Manaf Yasin di pantai kampung Ladang, K. Terengganu.  

Shot ini dilakukan pada waktu malam dengan long expose selama 873 saat , F/16 , ISO 200, No flash


Equipment :  Canon 50D , Sigma 10-20mm F4-5.6 EX DC lense , Triopo tripod, Shutter release cable




Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Batang pokok nipah tumbang melambai-lambai di pantai - Night shot

Batang pokok nipah tumbang melambai-lambai di pantai kampung Ladang - Night shot


Pantai di kampung Ladang ni sempadan kampung Tanjung jugak rasanya. Tidak jauh dari hotel Primula Park Royal di kampung Batu Buruk,, Kuala Terengganu, Terengganu. Di sebelah kanan ini adalah dua buah rumah api yang saya pernah shoot dan upload ke sini sebelum ini.

Expose selama 126 saat , F/7.1 , ISO 800, No flash . Cahaya bulan terang membantu menghasilkan bayang-bayang pokok tersebut.


Equipment :  Canon 50D , Sigma 10-20mm F4-5.6 EX DC lense , Triopo tripod, Shutter release cable



Renungan:

Dari Abu Juhaifah iaitu Wahab bin Abdullah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Saya tidak akan makan sambil bersandar (muttaki')." (Hadith Riwayat Bukhari)

Dari Anas r.a., katanya: "Saya melihat Rasulullah s.a.w. makan kurma sambil duduk berjongkok." (Hadith Riwayat Muslim)

Almuq'i atau duduk berjongkok itu ialah merapatkan kedua pantatnya di bumi dan mendirikan kedua betisnya.





Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Pembuat roti canai wanita

Pembuat roti canai wanita


Pertama kali saya jumpa seorang pembuat roti canai wanita. Kedai yang dia bekerja adalah tepi simpang tiga di kampung Gong Badak, bersebelahan dengan kem askar yang boleh menghala ke pantai Teluk Ketapang.  Best jugak roti canai yang dia bikin, jemput lah ke kedainya ;)




Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Bokeh batu nisan




Bokeh batu nisan  --  Tombstone bokeh



“Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al Munafiqun: Ayat 11)

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan." (Surah Al Anbiyaa' : Ayat 35)


Equipment :  Canon 50D , Sigma 70-300mm Macro Telephoto lense





Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Menziarahi kubur

Menziarahi kubur


Salaam. Terima kasih kepada Mohd Farez Zulhairey kerana sudi menjadi model saya.  Walaubagaimana pun, semoga moment ni dapat memberi keinsafan juga kepada kita, kerana semua kita ini akan menuju ke kubur juga satu hari nanti dan akan kembali kepada Tuhan pencipta alam semesta.

“Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al Munafiqun: Ayat 11)

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan." (Surah Al Anbiyaa' : Ayat 35)



Equipment :  Canon 50D , Sigma 70-300mm Macro Telephoto lense




Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Cloud trails and Stadium Sultan Mizan - Night shot

Cloud trails and Stadium Sultan Mizan - Night shot




Cloud trails and stadium sultan mizan . Tukar kepada black and white, kemudian tambah filter biru sebanyak 36% , biar ianya nampak seakan-akan Selenium Toning :D



Stadium Sultan Mizan is located in kampong Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.


Equipment :  Canon 50D , Sigma 10-20mm F4-5.6 EX DC lense , Triopo tripod, Shutter release cable




Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Panning burung Tiong Gembala Kerbau

Panning burung Tiong Gembala Kerbau


Setelah puas panning kenderaan pada masa-masa lalu, sekarang tibanya masa untuk hamba memulakan sessi panning haiwan-haiwan liar pula. Kali ini hamba mula kan dengan panning burung Tiong Gembala Kerbau.  Shot ini dibuat di dalam kawasan Stadium Sultan Mizan , Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu.

Equipment :  Canon 50D , Sigma 70-300mm Macro Telephoto lense




Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Burung Tiong Gembala Kerbau sedang jogging

Burung Tiong Gembala Kerbau sedang jogging

Tembak burung Tiong Gembala Kerbau ini sedang jogging di perkarangan Taman Syahbandar, Kuala Terengganu, Terengganu. Agak banyak burung spesis ini di kawasan tersebut, sesuai untuk menjadi kawasan menembak burung Gembala Kerbau dengan kamera ;)


Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Bare tree and the mist

Bare tree and the mist (black and white) --  Pokok tanpa daun dan kabus


Salaam. Nampak berkabus tebal molek sangat pagi tadi, terus keluar sekali ke kampung Kubang Jela, Kuala Terengganu, Terengganu  :D  What a misty morning masyaAllah .......




Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Gambar Replika Batu Bersurat Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu

gambar replika batu bersurat terengganu
Gambar Replika Batu Bersurat Terengganu dan bulan pada waktu malam



Replika Batu Bersurat Terengganu ini terletak di bulatan jalan kampung Ladang, dalam kawasan pusat bandaraya Kuala Terengganu. Lebih kurang 1km dari stesyen bas pusat. Replika ini dicipta sempena dengan Batu Bersurat sebenar yang dijumpai pada 700 tahun dahulu di tebing Sungai Tersat, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Ia dijumpai separuh tenggelam selepas surut banjir ketika itu iaitu pada tahun 1899.

Ianya adalah antara bukti kedatangan Islam suatu ketika dahulu. Ianya merupakan sebuah batu yang mengandungi ukiran tulisan paling tua iaitu tulisan jawi di Tanah Melayu ini. Batu ini dulu nya disimpan di Istana Negeri Terengganu tetapi kemudiannya dipindahkan ke arkib negara pada tahun 1960an.


Blue, grey and white reflection on pantai Kuala Ibai

Blue, grey and white reflection on pantai kuala ibai




Benteng simen dan bayang-bayang pokok di pantai kuala ibai




Matahari auu cak dan bayang-bayang pokok di pantai kuala ibai


Mengabang di pantai Kuala Ibai (Gambar yang pernah di upload ke sini pada posting lepas)



Salaam. Menembak bersama Wan Hishamuddin Wan Jusoh pada waktu petang di pantai Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu, belah Taman Rekreasi Chendering. Pantai ni biasanya kalau waktu pagi (sunrise) akan ada lorek-lorek di atas pasir kesan dari tiupan angin dan ombak laut. Tetapi pada waktu petang begini tidak kelihatan pulak.

Biasanya kawasan-kawasan mengabang / seperti muara yang bersambung dari laut ke sungai akan terjadi lorek-lorek pada pasir ketika air surut. Ini pada pemerhatian saya selama ini la ;)


Sila lihat gambar Sunrise of Justice at pantai Kuala Ibai yang pernah saya shoot dulu sebagai contoh lorek-lorek di atas pasir itu.

Equipment :  Canon 50D , Sigma 10-20mm F4-5.6 EX DC lense , Triopo tripod




Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Replika Batu Bersurat Terengganu and the moon

Replika Batu Bersurat Terengganu and the moon .

Tonemap HDR ni dari 3 exposure, kemudian ejas tone dan brightness dalam Adobe Photoshop CS5.

Menembak salah satu mercu tanda negeri Terengganu iaitu replika Batu Bersurat Terengganu ketika bersiar-siar dengan adik saya di bandar Kuala Terengganu. Ketika ini bulan berada di bahagian background belah sana, apa lagi saya pun tembak la bersama-sama dengan bulan terus, biar banyak sikit elemen dalam gambar ni  ;)



Replika Batu Bersurat Terengganu ini terletak di bulatan jalan kampung Ladang, area bandar Kuala Terengganu. Replika ini dicipta sempena dengan Batu Bersurat sebenar yang dijumpai pada 700 tahun dahulu di tebing Sungai Tersat, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Ia dijumpai separuh tenggelam selepas surut banjir ketika itu iaitu pada tahun 1899.

Ianya adalah antara bukti kedatangan Islam suatu ketika dulu. Ianya merupakan sebuah batu yang mengandungi ukiran tulisan paling tua iaitu tulisan jawi di Tanah Melayu ini. Batu ini dulu nya disimpan di Istana Negeri Terengganu tetapi kemudiannya dipindahkan ke arkib negara pada tahun 1960an.


Equipment :  Canon 50D , Sigma 10-20mm F4-5.6 EX DC lense , Triopo tripod, Shutter release cable


Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Perkarangan Masjid Unisza

Masjid Unisza dan pokok-pokok bonsai - in HDR




Masjid Unisza dan pokok-pokok pisang kipas - in HDR




Pandangan depan simetri Masjid Unisza - in HDR


Bougainvilla (bunga kertas) dan bokeh kubah masjid unisza




Perpustakaan Unisza - in HDR


Salaam. Menembak di perkarangan Masjid Unisza (Kusza) di Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu,  bersama bro Azhar Idris. Maaf lah, ada tompok blur sikit dalam gambar landskap di atas, ini kerana lense saya pecah sedikit di bahagian depan pada pagi hari tu, akibat terjatuh di atas batu ketika kamera berada di atas tripod. Ih ih ih cobaan .......

Equipment :  Canon 50D , Sigma 10-20mm F4-5.6 EX DC lense








Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Gambar Pantai Kuala Ibai, Kuala Terengganu

gambar pantai kuala ibai
Refleksi biru, kelabu dan putih di atas pantai Kuala Ibai

Pantai Kuala Ibai terletak di kampung Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu, kira-kira 5km dari bandaraya Kuala Terengganu. Gambar-gambar permulaan ini adalah di sebelah Taman Rekreasi Chendering. Pantai ini biasanya pada waktu pagi (sunrise) akan ada lorek-lorek di atas pasir kesan dari tiupan angin dan ombak laut. 

Biasanya kawasan-kawasan mengabang / muara yang bersambung dari laut ke sungai akan terjadi lorek-lorek pada pasir ketika air surut.



gambar pantai kuala ibai
Gambar matahari auu cak dan bayang-bayang pokok di pantai kuala ibai



Gambar mengabang di pantai Kuala Ibai





Gambar Sunrise / waktu Fajar dan sepohon pokok di kalangan bebatu



Sunrise dan lorek-lorek di atas pasir di pantai Kuala Ibai , 29 jan 2010


Melankoli di pantai Kuala Ibai , 22 jan 2010



Di bawah ini pula gambar / foto di pantai Kuala Ibai sebelah TER (Terengganu Equestrian Resort) di kawasan batu-batu yang ditimbun.

Gambar air terjun dari laut


Gambar Sunrise di mana helmet ku hilang





Dan di bawah ini pula gambar-gambar pantai Kuala Ibai sebelah tasik di tepi Masjid Terapung, yang telah saya shoot pada bulan Disember 2008. 

Bursting dual colours sunray



Gambar pokok nipah di tepi pantai Kuala Ibai




Ghostly at Kuala Ibai beach



Air laut di pantai Kuala Ibai ini masuk melalui muara ke Lagun Kuala Ibai. Di sebelah lagun boleh juga untuk menembak sunset pada waktu petang.



Gambar Sunset dengan bebatu dan pokok-pokok kecil





Gambar orang menebar jala di tepi pantai. Pakcik ini sungguh cekap menebar jala. Mujur dia sporting kerana memberi izin untuk mengambil gambarnya , alhamdulillah



Amazing Terengganu, Cuti-cuti Malaysia, Gambar landskap, Foto alam