Replika Batu Bersurat Terengganu and the moon

Replika Batu Bersurat Terengganu and the moon .

Tonemap HDR ni dari 3 exposure, kemudian ejas tone dan brightness dalam Adobe Photoshop CS5.

Menembak salah satu mercu tanda negeri Terengganu iaitu replika Batu Bersurat Terengganu ketika bersiar-siar dengan adik saya di bandar Kuala Terengganu. Ketika ini bulan berada di bahagian background belah sana, apa lagi saya pun tembak la bersama-sama dengan bulan terus, biar banyak sikit elemen dalam gambar ni  ;)



Replika Batu Bersurat Terengganu ini terletak di bulatan jalan kampung Ladang, area bandar Kuala Terengganu. Replika ini dicipta sempena dengan Batu Bersurat sebenar yang dijumpai pada 700 tahun dahulu di tebing Sungai Tersat, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Ia dijumpai separuh tenggelam selepas surut banjir ketika itu iaitu pada tahun 1899.

Ianya adalah antara bukti kedatangan Islam suatu ketika dulu. Ianya merupakan sebuah batu yang mengandungi ukiran tulisan paling tua iaitu tulisan jawi di Tanah Melayu ini. Batu ini dulu nya disimpan di Istana Negeri Terengganu tetapi kemudiannya dipindahkan ke arkib negara pada tahun 1960an.


Equipment :  Canon 50D , Sigma 10-20mm F4-5.6 EX DC lense , Triopo tripod, Shutter release cable


Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

0 comments:

Post a Comment