Batang pokok nipah tumbang melambai-lambai di pantai - Night shot

Batang pokok nipah tumbang melambai-lambai di pantai kampung Ladang - Night shot


Pantai di kampung Ladang ni sempadan kampung Tanjung jugak rasanya. Tidak jauh dari hotel Primula Park Royal di kampung Batu Buruk,, Kuala Terengganu, Terengganu. Di sebelah kanan ini adalah dua buah rumah api yang saya pernah shoot dan upload ke sini sebelum ini.

Expose selama 126 saat , F/7.1 , ISO 800, No flash . Cahaya bulan terang membantu menghasilkan bayang-bayang pokok tersebut.


Equipment :  Canon 50D , Sigma 10-20mm F4-5.6 EX DC lense , Triopo tripod, Shutter release cable



Renungan:

Dari Abu Juhaifah iaitu Wahab bin Abdullah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Saya tidak akan makan sambil bersandar (muttaki')." (Hadith Riwayat Bukhari)

Dari Anas r.a., katanya: "Saya melihat Rasulullah s.a.w. makan kurma sambil duduk berjongkok." (Hadith Riwayat Muslim)

Almuq'i atau duduk berjongkok itu ialah merapatkan kedua pantatnya di bumi dan mendirikan kedua betisnya.





Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

0 comments:

Post a Comment