Gambar ombak menyerbu di pantai Bari Kecil
Pantai Bari Kecil terletak di kampung Bari Kecil, Setiu, Terengganu, tidak jauh juga dari pantai Merang. Pantai ini banyak dengan batu-batu jenis kerikil besar kerana ada bukit di sebelahnya. Ada dua kelompok kawasan berbatu di sini. Sememangnya jika anda mahukan pantai yang berbatu, carilah pantai yang ada bukit di tepinya, insyaAllah dapat lah.
Pantai ini letaknya tidak jauh dari Loji air di kampung Bari Besar, Setiu, dan tidak jauh dari jalan utama. Jika kita datang dari arah Kuala Terengganu, simpang masuk ke dalamnya hanya beberapa kilometer selepas loji air tadi di sebelah kanan jalan. Ada beberapa ketul batu besar dari bukit di tepi jalan situ. Tiada label diletak lagi buat masa ini, dan simpang itu hanya lah sebuah jalan kampung yang kecil, maka mesti perhati dengan sebaiknya untuk masuk ke sini.
Gambar kerusi buruk di tepi pantai Bari Kecil
Gambar bebatu kerikil besar yang menawan di pantai Bari Kecil
Gambar buluh dan batu karang di pantai Bari Kecil
Gambar Pantai Bari Kecil dan matahari di sebalik awan
Gambar tompok-tompok awan dan tompok-tompok bayang di pantai Bari Kecil
Gambar percikan air besar di pantai Bari Kecil
Saya agak hairan kerana pantai ini kurang di popular kan selama ini. Sedangkan bagi saya, kawasannya sangat cantik dan amat sesuai dijadikan sebagai tempat pelancongan.
Tetapi ntah lah, mungkin ada sebab-sebab tertentu yang menjadikan kawasan ini tidak di popularkan dengan meluas. Ramai lagi yang masih tidak mengetahui akan wujudnya pantai berbatu ini.
Pantai ini juga nampaknya bagus kepada orang-orang yang minat mengail. Ketika saya pergi ke sini tempohari pun, ada beberapa orang yang sedang mengail di situ.
Mari melawat Terengganu, Cuti-cuti Malaysia, Foto landskap
Categories:
Pantai
,
Terengganu
0 comments:
Post a Comment