Showing posts with label Pantai. Show all posts
Showing posts with label Pantai. Show all posts

Pantai Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu

Penanda arah di muara Seberang Takir

Pantai Seberang Takir terletak di kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu. Di sini ada juga rumah-rumah api dan penanda arah sebagai panduan bot dan kapal keluar masuk. Tempat keluar masuk itu terpisah dengan bandar Kuala Terengganu oleh muara sungai.

Syafiq and the moon halo (baru shoot semalam)

Penanda arah di muara Seberang Takir


Matahari dan bongkah batu di pantai Seberang Takir

Belah seberang sana nun adalah bandar Kuala Terengganu. Nak ke sana kena lalui jalan lain, melainkan kalau nak pergi berenang :D


Tall grasses and sunrise  --  Rumput-rumput tinggi dan sunrise


Kawasan yang saya shoot ini biasanya tempat nelayan turun ke laut dan orang biasa memancing. Untuk lebih mengetahui lebih lanjut berkenaan kawasan ini, sila lah berkunjung :D

Pantai Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu

Night shot di pantai Chendering
Chendering beach night shot  --  Night shot di pantai Chendering

Pantai Chendering terletak di Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu, bersebelahan dengan Pantai Pandak. Juga tidak jauh dari Masjid Kuala Ibai, dalam 3km sahaja. Sebuah pantai yang digemari oleh pemancing-pemancing kerana di situ ada tambak batu yang mengunjur ke tengah laut menghubungkan rumah api.

Kita dapat lihat ada sebuah pulau tidak jauh dari situ iaitu Pulau Kapas. Dalam gambar di atas, Pulau Kapas adalah yang kelihatan di sebelah kanan. Ada 2 keping saja gambar di sini setakat ini .......

Chendering light house and star trails
Chendering light house and star trails  --  Rumah api Chendering dan star trails

Di bawah ialah video timelapse pendek yang saya buat dengan menggabungkan gambar-gambar dalam perisian Photolapse.

Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh, Kelantan

Bangsal simpan perahu dan kilat di tepi pantai Bisikan Bayu
Bangsal tempat simpan perahu dan kilat


Pantai Bisikan Bayu (beach of the whispering breeze) terletak dalam daerah Pasir Puteh, 50km dari bandar Kota Bharu. Lokasinya berhampiran sempadan dengan Kuala Besut, Terengganu, dalam beberapa KM dari Jeti Kuala Besut.


Pantai Bisikan Bayu and star trails
Pantai Bisikan Bayu and star trails (star trails pun tak berapa jelas, ambil masa sekejap saja)

Saya hanya sempat merakam di sini saja, tidak perasan pula bahawa pantai ini ada port-port yang lain lagi. Setelah cek balik dalam internet ni baru perasan, ada lagi port-port menarik di situ rupanya huhu. Saya pun tidak merancang untuk ke sini, tetapi hanya dihantar menginap ke chalet di sini, di mana waktu saya ada tugas merakam gambar kahwin anak sepupu saya yang mengahwini orang Kuala Besut.

Antara kemudahan yang ada disediakan ialah chalet dan surau.  Rumah orang-orang kampung pun ada berdekatan situ.  Masjid terletak dalam 1km dari chalet. 

Gambar-gambar sunrise di sini tiada lagi, kerana kebetulan waktu pagi selama 2 hari berada di situ sentiasa mendung, langsung tidak nampak matahari pada waktu paginya.


Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu, Terengganu

Gambar mencari damai berhampiran pantai Tok Jembal

Pantai Tok Jembal terletak bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud. Pantai ini telah dipenuhi oleh timbunan batu-batu yang bertujuan untuk mengelakkan dari ombak menyerbu lagi kuat, kesan dari penambakan lapangan terbang.

Walaupun begitu, hakisan-hakisan teruk tetap berlaku , menyebabkan banyak pokok-pokok besar runtuh di tepi pantai.  Dari segi alam sekitar, ianya adalah suatu perkara yang tidak diingini.  Tetapi dari segi fotografi, ia menambahkan subjek-subjek menarik dan unik di tepian pantai.

Gambar foto sunrise, lopak air, matahari dan refleksi berhampiran pantai Tok Jembal

Gambar kawasan yang dilanda hakisan teruk di pantai Tok Jembal

Gambar cahaya mentari di atas ombak

Gambar kilauan matahari dan refleksi di pantai Tok Jembal

Gambar sinaran matahari (Ray Of Light / ROL), refleksi dan percikan ombak

Gambar ombak menyerbu di pantai Tok Jembal - versi hitam putih

Gambar ombak berpusar di pantai Tok Jembal

Gambar tayar dalam buih-buih ombak yang menghempas - Night shot

Gambar di atas, saya expose selama 204 saat, F/4 , ISO 200 , Flash ON. Saya gunakan flash untuk memberhentikan (freeze) aksi hempasan ombak itu pada tayar.  Jika tidak, air akan menjadi berkabus semata-mata ....... kerana kali ini saya mahu agar moment splash tu dapat ditangkap dalam night shot saya.

Gambar foto ombak menyerbu pantas di pantai Tok Jembal

Gambar foto sunrise dan pokok tumbang di pantai Tok Jembal

Gambar sunrise  dan percikan ombak besar

Gambar foto bunga Kembang Pagi purple (Purple Morning Glory) di tepi pantai dengan bokeh sinaran mentari atas air laut

Gambar bunga Purple Morning Glory atas pasir

Gambar bunga Kembang Pagi putih (White Morning Glory) di tepi pantai

Gambar kilauan cahaya matahari (sun sparkles) atas permukaan air laut kesan dari pancaran cahaya matahari

Berhampiran dengan pantai Tok Jembal ini ada kawasan semak-samun yang sesuai untuk bermacro juga.

Gambar foto lebah hitam terbang menghampiri ranting kayu

Gambar lebah hitam membentangkan sayapnya

Pantai Pulau Kerengga, Marang, Terengganu

Gambar foto jambatan klasik Pulau Kerengga pada waktu siang
Gambar jambatan klasik Pulau Kerengga pada waktu siang

Pantai di kampung Pulau Kerengga , Marang, Terengganu ini letaknya kira-kira 11km dari bandar Marang, dan 35km dari pusat bandaraya Kuala Terengganu. Berhampiran juga dengan penjara Marang dan rumah anak-anak yatim (PERKAYA).Di sini ada keunikannya yang tersendiri, antaranya ialah jambatan kayu lama / klasik, bangsal-bangsal nelayan lama, dan pantainya pula bersebelahan dengan sungai.



Gambar sungai di tepi pantai Pulau Kerengga
Gambar sungai di tepi pantai Pulau Kerengga


Gambar bangsal rehat di pantai Pulau Kerengga


Gambar jejaka duduk atas bangku di pantai Pulau Kerengga


Gambar buah kelapa tua dan muda di tepi pantai


Gambar foto buah kelapa melayang


Foto sepasang buah kelapa melayang (gambar-gambar buah kelapa melayang ni BUKAN Photoshop ya, tetapi sahabat saya iaitu Ada Azaha yang lambungkan. Idea dia ni, terima kasih bro.)


Exif gambar buah kelapa melayang di atas:
Aperture = f/9
Shutter speed = 1/2000
ISO = 640
Focal length = 70mm


Gambar foto jambatan klasik Pulau Kerengga pada waktu malam
Gambar foto jambatan klasik Pulau Kerengga pada waktu malam - Night shot


Lokasi gambar night shot di atas, jika kita datang dari arah Kuala Terengganu, ianya sebelum sampai ke kawasan penjara tersebut. Di sebelah kanan jalan ada sebuah surau, dan jalan masuk ke sini adalah di sebelah kirinya. Ada satu jalan kecil masuk ke situ, dan jalan tersebut betul-betul di tepi pagar sebuah tanah perkuburan.


Mari melawat Terengganu, Cuti-cuti Malaysia, Gambar pantai, Foto landskap, Blog pelancongan

Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu

Gambar pantai Bukit Keluang, bahagian depan tepi bukit berbatu

Pantai Bukit Keluang terletak di kampung Bukit Keluang, Besut, Terengganu. Jaraknya dari Kuala Besut kira-kira 3km dan jaraknya dari pusat bandaraya Kuala Terengganu kira-kira 140km, iaitu ke bahagian utara Terengganu dekat dengan Kelantan. 

Banyak bebatu kecil dan besar di pantai ini, dan ada yang membentuk seperti gua di pinggir bukitnya. Bukitnya juga boleh didaki, tetapi dinasihatkan agar mendapat bimbingan dari mereka-mereka yang berpengalaman di situ. Pantai ini memang sangat popular dan pelbagai aktiviti rekreasi dilakukan di sini seperti main luncur air, jet ski, mandi-manda dan sebagainya. Memang ramai orang bertumpu ke sini untuk berkelah dan berekreasi terutamanya pada hari minggu.



Beberapa buah pulau dapat dilihat dari pantai ini dan yang paling jelas dan besar kelihatan ialah Pulau Rhu Hentian. 


Foto antara batu-batu besar yang membentuk seperti gua


Gambar ombak menghempas ke batu di pantai Bukit Keluang


Gambar jambatan kayu yang dah mula reput dan rosak di pantai Bukit Keluang - black and white

Tempat penginapan banyak disediakan di sekitar sini seperti chalet, hotel dan resort.  Antara kemudahan-kemudahan asas di sini ialah tandas awam, tempat rehat, gerai makan minum dan restoran. 

Pantai Telipot, Kuala Terengganu, Terengganu

Gambar kayu menongkat awan di pantai Telipot - Night shot
Gambar kayu menongkat awan di pantai Telipot - Night shot

Pantai Telipot terletak di kampung Mengabang Telipot, Kuala Terengganu, Terengganu, dalam 1km lebih sahaja dari Unisza dan UMT. Kawasan yang saya shoot ini letaknya dekat dengan mengabang. Dan seperti biasa, kawasan mengabang akan membentuk pelbagai tekstur pasir kesan dari hakisan angin dan air.


Gambar light trails di pantai Telipot
Gambar light trails di pantai Telipot - Night shot


foto pancaran sunray / sinar matahari
Gambar pancaran sunray / sinar matahari penuh dengan sebuah bot


foto sunrise beserta hujan renyai-renyai di pantai Telipot
Gambar sunrise beserta hujan renyai-renyai di pantai Telipot

Antara kesan hakisan angin dan air yang berlaku di kawasan mengabang dapat dilihat contohnya seperti dalam gambar di atas. Pada hari yang lain, akan muncul tekstur yang lain pula kerana air pasang akan datang mengubah yang sedia ada, dan apabila air laut surut, akan kelihatan lah pelbagai tekstur yang akan berlaku, subhanAllah.


gambar maulidur rasul sunrise
Gambar foto sunrise dengan bayang mini pondok rehat


Gambar foto bayang jurukamera dan bulan di pantai Telipot


Gambar sunrise dan sekuntum bunga di tepi pantai


Gambar landskap ala padang pasir dan wadi di pantai Telipot


Gambar seorang pakcik tua sedang ambil angin pagi di tepi pantai


Gambar orang tolak bot beramai-ramai turun ke laut



Kawasan ini boleh dikatakan juga sebagai perkampungan nelayan, kerana ramai nelayan yang tinggal di sini.  Bot-bot nelayan banyak terdapat di tepi pantai ini. 

Jika anda mahu makan makanan-makanan laut yang segar seperti sotong, udang, kerang dan sebagainya, datang lah ke kampung Mengabang Telipot, kerana banyak gerai makanan laut yang ada di situ.