Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor

Gambar waktu malam di masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan reflection. Diambil dari kawasan tasiknya, ditemani oleh sahabat saya Mohd Ratnor Iskandar. - Night shot

Masjid  Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ini terletak di bahagian utara tebing Tasik Shah Alam, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Masjid ini adalah masjid kedua terbesar di Asia Tenggara setelah Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia.  


Gambar waktu malam di masjid Shah Alam, dalam pukul 2 pagi, bersama dua orang lagi sahabat saya iaitu Mohd Harif Manaf dan Mohd Shahrizan Harun. Diambil dari perkarangan tamannya - Night shot

Kubah masjid ini adalah yang terbesar di dunia. Kubah luar setinggi 300 kaki dari paras Bumi dan garis pusat 170 kaki. Bahagian luar kubah dibuat dari kepingan aluminium berlipat, berukuran 35 kaki tinggi disaluti dengan emas. Kubah dalam dan luar terletak di atas alang bulat setinggi 24 kaki dan 14 kaki lebar. Di bahagian luar mempunyai panel enamel yang dihiasi Khat al Quran berwarna biru dan berlatar belakang panel kelabu.

Saya (kanan) dan sahabat saya Mohd Ratnor Iskandar di depan Masjid Shah Alam, bersama air pancut (fountain).

Gambar di atas saya lakukan 'Long expose' di siang hari dengan menambah filter ND400 pada lense, kerana itu lah tubuh Ratnor ada motion blur, kerana dia bergerak sewaktu expose itu.


Solat dalam Masjid Shah Alam

Sebenarnya dilarang mengambil gambar dalam kawasan solat masjid ini, tetapi gambar di atas diambil kerana waktu itu masih tidak tahu ianya dilarang.  Tetapi selepas itu telah ditegur dan dilarang oleh penjaga yang ada di situ :D


Ratnor berdoa dalam Masjid Shah Alam



* Rujukan info tambahan dari Wikipedia.

Mari melawat Selangor, Cuti-cuti Malaysia, Foto landskap, Gambar bangunan

Categories: ,

0 comments:

Post a Comment