I-City (Intelligent City) terletak di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Ianya berhampiran dengan UiTM Shah Alam. Taman tema ini seluas 177.8 hektar (72 ekar) sebelum ini dikenali dengan nama 'City of digital lights'. Boleh dikatakan sebagai bandar yang paling bercahaya dengan lampu LED dan warna-warni di Malaysia.
Gambar Taman bonsai seperti alam orang-orang kerdil
Gambar yang penuh dengan tanglung
Gambar foto bangunan pejabatnya
Gambar Harif dan Rizan bergaya
Dinasour pun ada jugak di I-City yerr!!
Pengalaman berada di I-City ini bersama sahabat-sahabat saya iaitu Harif Manaf dan Mohd Shahrizan Harun. Terima kasih kepada Harif kerana menumpangkan kami dalam keretanya dan membawa kami ke sini.
Bayaran masuk ke taman ini ialah RM10 dan diberi kupon. Banyak lagi subjek-subjek menarik yang tidak sempat shoot termasuklah yang baru dibuka iaitu Taman tema salji @ Snowalk, maka anda boleh lawati sendiri dan lihatlah pelbagai keunikan di sana.
Mari melawat Selangor, Cuti-cuti Malaysia, Foto landskap, Gambar panorama
Categories:
Selangor
0 comments:
Post a Comment