Salaam. Ada 3 faktor penting dalam menentukan 'pendedahan yang betul' / correct exposure iaitu Aperture, shutter speed dan ISO. Faktor-faktor ini lah yang menyebabkan gambar jadi cerah atau gelap. Maka sebaiknya kita mesti faham terlebih dahulu apa itu aperture, shutter speed dan ISO untuk kita melangkah lebih jauh dalam dunia fotografi termasuklah fotografi landskap (landscape photography).
Kali ini saya hanya akan menceritakan tips-tips untuk mengambil gambar landskap dan pemandangan mengikut pengalaman dan apa yang saya pelajari dan kaji selama ini. Saya akan mulakan sedikit sahaja dulu dan saya akan tambah dari semasa ke semasa jika ada apa-apa tips yang terlintas di kepala saya. Penulisan ini on the spot je ni, tidak dirancang :D
Tips-tips mengambil gambar landskap dan pemandangan
1 - Untuk mengambil gambar sunrise atau sunset dengan masih mengekalkan warna langit dan agar tanah tidak menjadi gelap gelita, maka sebaiknya anda gunakan GND (gradual neutral Density) filter. Ianya adalah sejenis filter yang diletakkan di depan muncung lense, bagi menggelapkan sedikit langit agar tidak wash out / over expose.
Atau jika anda tidak berduit banyak untuk beli filter tetapi mahir menggunakan Adobe Photoshop, anda boleh la tembak 2 exposure sekurang-kurangnya. Satu expose agar tanah cerah dan jelas, biar pun langit agak over expose. Kemudian expose satu lagi dengan langit agak gelap dan mengekalkan warnanya, biar pun tanah / landskap menjadi gelap. Kemudian masuk dalam Photoshop, tindan kedua-duanya menjadi dua layer. Letakkan gambar yang mengandungi langit over expose tadi di bahagian atas layer. Kemudian erase bahagian langitnya sahaja, agar yang tinggal dalam gambar itu bahagian langit yang agak gelap dan berwarna tadi.
2 - Untuk menghasilkan gambar lampu berbintang-bintang dalam landskap pada waktu malam , anda perlu sempitkan / kecilkan aperture , iaitu dengan menambah nilainya seperti F/16 , F/18, F20, F22 ....... Makin sempit / kecil aperture, makin jelas lah bintang-bintang tu. Cuma mesti di ingat, jika keadaan agak low light (tidak berapa cukup cahaya), noise nya pun akan menjadi lebih JELAS!
Maka untuk mengurangkan noise (bintik-bintik dalam gambar), anda boleh la merendahkan nilai ISO, seperti ISO 200 dan ISO 100 biasanya dah kurang noise. Dan jika anda melakukan Long Exposure (pendedahan lama) , sebaiknya ON kan Long Exposure Noise Reduction di dalam setting exposurenya.
Tetapi perlu diingat, jika anda ON kan Long Exposure Noise Reduction, bermakna akan ada waktu proses selepas anda expose. Sebagai contoh, jika anda expose selama 2 saat, maka waktu proses dalam kamera selepas itu akan ada juga selama 2 saat. Begitu juga jika anda expose selama 20 minit (ketika mahu menembak Star Trails umpamanya) , maka kamera akan proses pula selama 20 minit selepas itu. Bermakna, memakan masa selama 40 minit untuk siap sekeping gambar, huhu.
Ada banyak software untuk reduce noise (kurangkan noise), tetapi pilihan saya ialah Neat Image.
Ada banyak software untuk reduce noise (kurangkan noise), tetapi pilihan saya ialah Neat Image.
3 - Jika anda mahukan landscape yang sharp keseluruhan gambar, maka pastikan lense anda sudah di set pada fokus infiniti. Ada lense yang fokus infiniti nya dengan kita merapatkan fokus ke arah lawan jam. Sepertimana yang saya pernah guna pada kit lense Sony Alpha 200 dulu. Tetapi bukan semua lense fokus infiniti nya dibiarkan rapat begitu.
Jika lense anda ada simbol 'infinity' , maka set kan fokus mengikut penanda yang disediakan.
Perhatikan contoh gambar lense di atas, simbol infiniti seakan-akan nombor 8 terbalik secara horizontal tu. Penanda untuk pastikan fokus ke infiniti ialah garis putih di tengah-tengah petak fokus. Biarkan ianya sama setentang dengan penanda dari simbol infiniti itu. Keadaannya seperti dalam gambar.
Dan pastikan aperture semakin kecil, biasa nya F11 , F13 ke atas adalah bagus untuk shoot foto landskap.
Dan pastikan aperture semakin kecil, biasa nya F11 , F13 ke atas adalah bagus untuk shoot foto landskap.
4 - Jika anda suka mengedit gambar agar lebih details, maka anda boleh menggunakan plugin LucisArt yang apabila di install akan masuk ke dalam Filter Photoshop. Tetapi saya lebih suka kepada Topaz Adjust , ianya juga plugin untuk Photoshop. Atau pun jika anda suka HDR, anda boleh gunakan software yang dapat blend berlainan exposure seperti Photomatix, Easy HDR dan sebagainya. Tetapi pilihan saya ialah Easy HDR.
Dan juga jika anda malas untuk shoot atau ejas gambar berlainan exposure, anda boleh saja gunakan perisian Dynamic-Photo HDR. Dengan sekeping gambar sahaja anda boleh menukarkannya kepada HDRi.
5 - Cari foreground interest (subjek2 menarik di bahagian depan landskap) terlebih dahulu sebelum shoot landskap, kerana ia akan menjadikan gambar lebih menarik dan ada rasa kedalaman / sense of depth dalam gambar tersebut. Compo yang biasa digunakan ialah dengan mengikut ROT (Rule Of Third) iaitu meletakkan subjek tersebut pada kedudukan satu pertiga dalam gambar.
Walaubagaimana pun, untuk menghasilkan gambar landskap yang lebih ketara nampak perspektifnya dan lagi luas, saya cadangkan anda angkat satu Ultra Wide Angle lense, sekurang-kurangnya 10-20mm. Ultra Wide Angle lense boleh memuatkan pemandangan lebih banyak masuk dalam frame gambar dari wide angle lense biasa.
6 - Saya dulu pernah menjadi seorang pelukis. Lukisan potret, pemandangan dan sebagainya, tetapi sudah lama bersara. Dan pernah juga membuat grafik-grafik 3d dengan perisian 3d Studio Max dan lain-lain. Maka saya ambil konsep dari seni lukis dan bawa ke dalam seni foto. Maka sebelum saya shoot gambar landskap, saya bayangkan bagaimana seorang pelukis mahu melukis suatu gambar.
Walaupun bukan semuanya saya praktikkan begitu, tetapi begitulah kebiasaannya bila saya mahu shoot landskap dan pemandangan.
Walaupun bukan semuanya saya praktikkan begitu, tetapi begitulah kebiasaannya bila saya mahu shoot landskap dan pemandangan.
7 - Pada peringkat permulaan, adalah perlu juga anda meniru gaya fotografi fotografer lama dan professional. Tetapi lama kelamaan, sebaiknya perlu ada gaya dan cara tersendiri agar tidak nampak terlalu stereotype.
8 - Ambil masa untuk memilih awan dan langit yang menarik. Tidak semestinya anda sampai ke lokasi, anda terus tembak dan terus pergi dari situ (melainkan terlalu kesuntukan masa). Tetapi menunggu datangnya awan yang menarik adalah amat bagus untuk mendapatkan hasil landskap yang menarik.
Biasanya, suatu landskap yang menarik pun jika langit nya tidak menarik, gambar pun kurang mengujakan. Begitu juga kalau langit sudah menarik, tetapi landskap pula kacau-bilau dan tidak menarik, maka tidak mengujakaan juga hasilnya. Tetapi jika kita dapat landskap yang menarik dan langit nya pun menarik, maka insyaAllah hasilnya adalah foto landskap yang mengujakan.
9 - Tangkap pergerakan dalam sesuatu landskap, umpamanya ombak yang menghempas pantai, awan yang berarak, pokok-pokok yang ditiup angin, burung terbang lalu, air terjun menderu dan sebagainya. Jika ada pergerakan di dalam landskap, foto akan menjadi bertambah dramatik.
10 - Mesti perhati betul-betul garis horizon, agar landskap tidak nampak senget sangat (ataupun istilah yang biasa digunakan jika menembak gambar pantai iaitu 'air laut tumpah'). Memang boleh diejas semula dalam software untuk edit gambar, tetapi sebaiknya setting kamera awal-awal agar horizon tidak senget.
Gambar yang mengandungi horizon yang ketara sengetnya nampak seperti gambar yang tidak stabil dan tidak cermat dalam menangkapnya. Jika horizonnya betul, barulah nampak satu hasil kerja yang kemas.
11 - Apa sahaja cuaca boleh ditangkap , tidak perlu tunggu saat sunrise , sunset dan hari panas terik sahaja. Hari gelap nak hujan pun boleh jadi dramatik jika kena pilihan langit dan suasananya. Begitu juga jika ada ribut, petir, pelangi dan sebagainya. Asalkan kita berhati-hati dan pilih tempat sesuai untuk menangkap gambar.
Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya
Categories:
Tips Fotografi
3 comments:
Tq boh.. Sngat membantu org baru mace kawe..
Salaam. Sama2 boh, dan terima kasih juga kerana sudi tinggalkan komen :)
terima kasih niza dgn tips berguna, semoga Allah memberkati dengan perkongsian ni. saya cadang nizhom terbit satu buku mengenai fotografi sbb kat pasaran masih kurang buku2 dlm Melayu, sure mcm goreng pisang. saya pembeli penempah pertama.
roslee.M
Post a Comment