Showing posts with label Tips Fotografi. Show all posts
Showing posts with label Tips Fotografi. Show all posts

Tips-tips menggunakan kamera Canon EOS 50D

Salaam dan selamat sejahtera.  Di sini saya akan mula mencatat tips-tips berkenaan menggunakan kamera Canon EOS 50D.  Saya akan mulakan sedikit sahaja dulu dan saya akan tambah dari semasa ke semasa jika ada apa-apa tips yang terlintas di kepala saya.  Penulisan ini on the spot sahaja, tidak dirancang :D

Tips:

1 - Jika anda ingin mengeluarkan menu Quick Control Screen, anda perlu

- Menekan butang Menu.
- Kemudian pilih C.Fn III:Autofocus/Drive. 
- Pilih no 2 iaitu Quick Control Dial Direct

Ini kerana setting default nya tidak sedemikian dan anda masih tidak dapat mengeluarkan Quick Control Screen. Untuk mengetahui apa itu Quick Control Screen, anda boleh melihat video tutorialnya di http://www.youtube.com/watch?v=bfL5-zhml9I

Quick Control Screen kemudiannya boleh dipaparkan dengan menekan butang joystick pada kamera Canon EOS 50D.

2 - Jika anda mahu merakam video dengan EOS 50D, anda boleh melakukannya dengan download software EOS Movie Record. Software ini adalah PERCUMA dan boleh didownload di http://sourceforge.net/projects/eos-movrec/

Install dalam PC anda dan open untuk menjalankan program tersebut. Sambungkan kabel USB kamera ke PC anda. Kemudian klik butang Reconnect to camera yang terletak di sebelah atas kiri program EOS Movie Record itu.

Malangnya, anda hanya boleh merakam video apabila PC atau laptop anda ada di sisi kamera.

3 - Bagi peminat-peminat Long exposure , biasanya kamera Canon mempunyai counter masa di skrin LCD apabila kita expose kamera menggunakan setting Bulb.  Tetapi kamera 50D tidak demikian. Tetapi jangan bimbang, counter masa masih ada, tetapi di bahagian LCD panel atas kamera  ;)

4 - .......


Photos, images, pictures, graphics and wallpapers

Tips-tips mengambil gambar landskap dan pemandangan

Salaam. Ada 3 faktor penting dalam menentukan 'pendedahan yang betul' / correct exposure iaitu Aperture, shutter speed dan ISO.  Faktor-faktor ini lah yang menyebabkan gambar jadi cerah atau gelap. Maka sebaiknya kita mesti faham terlebih dahulu apa itu aperture, shutter speed dan ISO untuk kita melangkah lebih jauh dalam dunia fotografi termasuklah fotografi landskap (landscape photography).

Kali ini saya hanya akan menceritakan tips-tips untuk mengambil gambar landskap dan pemandangan mengikut pengalaman dan apa yang saya pelajari dan kaji selama ini. Saya akan mulakan sedikit sahaja dulu dan saya akan tambah dari semasa ke semasa jika ada apa-apa tips yang terlintas di kepala saya.  Penulisan ini on the spot je ni, tidak dirancang :D

Tips-tips mengambil gambar landskap dan pemandangan

1 - Untuk mengambil gambar sunrise atau sunset dengan masih mengekalkan warna langit dan agar tanah tidak menjadi gelap gelita, maka sebaiknya anda gunakan GND (gradual neutral Density) filter. Ianya adalah sejenis filter yang diletakkan di depan muncung lense, bagi menggelapkan sedikit langit agar tidak wash out / over expose. 

Atau jika anda tidak berduit banyak untuk beli filter tetapi mahir menggunakan Adobe Photoshop, anda boleh la tembak 2 exposure sekurang-kurangnya.  Satu expose agar tanah cerah dan jelas, biar pun langit agak over expose. Kemudian expose satu lagi  dengan langit agak gelap dan mengekalkan warnanya, biar pun tanah / landskap menjadi gelap.  Kemudian masuk dalam Photoshop, tindan kedua-duanya menjadi dua layer. Letakkan gambar yang mengandungi langit over expose tadi di bahagian atas layer. Kemudian erase bahagian langitnya sahaja, agar yang tinggal dalam gambar itu bahagian langit yang agak gelap dan berwarna tadi.

2 -  Untuk menghasilkan gambar lampu berbintang-bintang dalam landskap pada waktu malam , anda perlu sempitkan / kecilkan aperture , iaitu dengan menambah nilainya seperti F/16 , F/18, F20, F22 ....... Makin sempit / kecil aperture, makin jelas lah bintang-bintang tu. Cuma mesti di ingat, jika keadaan agak low light (tidak berapa cukup cahaya), noise nya pun akan menjadi lebih JELAS! 

Maka untuk mengurangkan noise (bintik-bintik dalam gambar), anda boleh la merendahkan nilai ISO, seperti ISO 200 dan ISO 100 biasanya dah kurang noise. Dan jika anda melakukan Long Exposure (pendedahan lama) , sebaiknya ON kan Long Exposure Noise Reduction di dalam setting exposurenya. 

Tetapi perlu diingat, jika anda ON kan Long Exposure Noise Reduction, bermakna akan ada waktu proses selepas anda expose. Sebagai contoh, jika anda expose selama 2 saat, maka waktu proses dalam kamera selepas itu akan ada juga selama 2 saat. Begitu juga jika anda expose selama 20 minit (ketika mahu menembak Star Trails umpamanya) , maka kamera akan proses pula selama 20 minit selepas itu. Bermakna, memakan masa selama 40 minit untuk siap sekeping gambar, huhu.

Ada banyak software untuk reduce noise (kurangkan noise), tetapi pilihan saya ialah Neat Image.


3 - Jika anda mahukan landscape yang sharp keseluruhan gambar, maka pastikan lense anda sudah di set pada fokus infiniti. Ada lense yang fokus infiniti nya dengan kita merapatkan fokus ke arah lawan jam. Sepertimana yang saya pernah guna pada kit lense Sony Alpha 200 dulu. Tetapi bukan semua lense fokus infiniti nya dibiarkan rapat begitu. 

Jika lense anda ada simbol 'infinity' , maka set kan fokus mengikut penanda yang disediakan. 

Perhatikan contoh gambar lense di atas, simbol infiniti seakan-akan nombor 8 terbalik secara horizontal tu. Penanda untuk pastikan fokus ke infiniti ialah garis putih di tengah-tengah petak fokus. Biarkan ianya sama setentang dengan penanda dari simbol infiniti itu. Keadaannya seperti dalam gambar.

Dan pastikan aperture semakin kecil, biasa nya F11 , F13 ke atas adalah bagus untuk shoot foto landskap.


4 - Jika anda suka mengedit gambar agar lebih details, maka anda boleh menggunakan plugin LucisArt yang apabila di install akan masuk ke dalam Filter Photoshop. Tetapi saya lebih suka kepada Topaz Adjust , ianya juga plugin untuk Photoshop. Atau pun jika anda suka HDR, anda boleh gunakan software yang dapat blend berlainan exposure seperti Photomatix, Easy HDR dan sebagainya. Tetapi pilihan saya ialah Easy HDR.  

Dan juga jika anda malas untuk shoot atau ejas gambar berlainan exposure, anda boleh saja gunakan perisian Dynamic-Photo HDR. Dengan sekeping gambar sahaja anda boleh menukarkannya kepada HDRi. 

5 - Cari foreground interest (subjek2 menarik di bahagian depan landskap) terlebih dahulu sebelum shoot landskap, kerana ia akan menjadikan gambar lebih menarik dan ada rasa kedalaman / sense of depth dalam gambar tersebut. Compo yang biasa digunakan ialah dengan mengikut ROT (Rule Of Third) iaitu meletakkan subjek tersebut pada kedudukan satu pertiga dalam gambar.

Walaubagaimana pun, untuk menghasilkan gambar landskap yang lebih ketara nampak perspektifnya dan lagi luas, saya cadangkan anda angkat satu Ultra Wide Angle lense, sekurang-kurangnya 10-20mm.  Ultra Wide Angle lense boleh memuatkan pemandangan lebih banyak masuk dalam frame gambar dari wide angle lense biasa.

6 - Saya dulu pernah menjadi seorang pelukis. Lukisan potret, pemandangan dan sebagainya, tetapi sudah lama bersara. Dan pernah juga membuat grafik-grafik 3d dengan perisian 3d Studio Max dan lain-lain.  Maka saya ambil konsep dari seni lukis dan bawa ke dalam seni foto. Maka sebelum saya shoot gambar landskap, saya bayangkan bagaimana seorang pelukis mahu melukis suatu gambar.

Walaupun bukan semuanya saya praktikkan begitu, tetapi begitulah kebiasaannya bila saya mahu shoot landskap dan pemandangan.

7 - Pada peringkat permulaan, adalah perlu juga anda meniru gaya fotografi fotografer lama dan professional. Tetapi lama kelamaan, sebaiknya perlu ada gaya dan cara tersendiri agar tidak nampak terlalu stereotype.


8 - Ambil masa untuk memilih awan dan langit yang menarik. Tidak semestinya anda sampai ke lokasi, anda terus tembak dan terus pergi dari situ  (melainkan terlalu kesuntukan masa).  Tetapi menunggu datangnya awan yang menarik adalah amat bagus untuk mendapatkan hasil landskap yang menarik. 

Biasanya, suatu landskap yang menarik pun jika langit nya tidak menarik, gambar pun kurang mengujakan.  Begitu juga kalau langit sudah menarik, tetapi landskap pula kacau-bilau dan tidak menarik, maka tidak mengujakaan juga hasilnya.  Tetapi jika kita dapat landskap yang menarik dan langit nya pun menarik, maka insyaAllah hasilnya adalah foto landskap yang mengujakan.

9 - Tangkap pergerakan dalam sesuatu landskap, umpamanya ombak yang menghempas pantai, awan yang berarak, pokok-pokok yang ditiup angin, burung terbang lalu, air terjun menderu dan sebagainya. Jika ada pergerakan di dalam landskap, foto akan menjadi bertambah dramatik.

10 - Mesti perhati betul-betul garis horizon, agar landskap tidak nampak senget sangat (ataupun istilah yang biasa digunakan jika menembak gambar pantai iaitu 'air laut tumpah').  Memang boleh diejas semula dalam software untuk edit gambar, tetapi sebaiknya setting kamera awal-awal agar horizon tidak senget.

Gambar yang mengandungi horizon yang ketara sengetnya nampak seperti gambar yang tidak stabil dan tidak cermat dalam menangkapnya.  Jika horizonnya betul, barulah nampak satu hasil kerja yang kemas.

11 - Apa sahaja cuaca boleh ditangkap , tidak perlu tunggu saat sunrise , sunset dan hari panas terik sahaja. Hari gelap nak hujan pun boleh jadi dramatik jika kena pilihan langit dan suasananya. Begitu juga jika ada ribut, petir, pelangi dan sebagainya. Asalkan kita berhati-hati dan pilih tempat sesuai untuk menangkap gambar.




Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Tips-tips mengambil gambar macro dan close up

Salaam dan selamat sejahtera.  Di sini saya akan mula mencatat tips-tips berkenaan mengambil foto macro dan close up.  Menembak gambar MACRO adalah yang paling sulit dan mesti teliti dalam bidang FOTOGRAFI. Ini kerana, makin kecil suatu subjek maka makin sempitlah / narrow DOF (Depth Of Field) nya. Maka makin susah lah untuk mendapatkan fokus yang dimahukan. Semakin suatu subjek kecil itu mahu diperbesarkan, maka semakin sukar lah ia.

Saya akan mulakan sedikit sahaja dulu dan saya akan tambah dari semasa ke semasa jika ada apa-apa tips yang terlintas di kepala saya.  Penulisan ini on the spot je ni, tidak dirancang :D

Tips:

1 - Jika menggunakan Raynox DCR250 sebagai tambahan kepada lense untuk perbesarkan lagi gambar macro, DOF nya juga akan menjadi lebih nipis (shallow) dan fokus semakin sukar daripada biasa.

Tetapi ianya boleh dibalancekan dengan menaikkan lagi aperture, f10 ke atas atau f20 ke atas, bergantung kepada CAHAYA yang ada.

Jika menggunakan FLASH, maka sebaiknya aperture / F nya dinaikkan f20 ke atas agar DOF semakin luas dan fokusnya tidak terlalu sukar sangat dan gambar tidak terlalu blur.

p/s:  Jika mahu lebih details dan magnify 6x, 12x dan 24x, angkut sahaja filter Raynox CM-3500 , tetapi ianya sudah tidak dikeluarkan lagi sekarang. Anda hanya boleh mencari yang second hand , itu pun kalau ada. Filter DCR-250 yang saya selalu guna ini hanya dapat magnify 2.5x    ;)

Dan ada satu lagi produk Raynox yang masih ada iaitu Raynox MSN 202. Saya masih belum mencubanya, tetapi jika dilihat dari spesifikasinya, Raynox MSN 202 mempunyai keupayaan 25 diopter, berbanding dengan Raynox DCR 250 yang berkeupayaan 8 diopter sahaja. Maka secara teori, MSN 202 dapat magnify lagi besar.


2 - Jika mahu mengambil gambar kumbang yang sedang terbang, anda boleh mencari tempat dia berehat.  Biasanya atas ranting-ranting kayu dan seumpamanya dan di waktu lepas tengahari.  Jika anda menghampirinya, dia akan terbang lari, tetapi biasanya dia akan datang semula bertenggek di atas ranting atau batang kayu tempat dia berehat tu.   Maka kita kena sabar dan jangan lari dulu dari situ. 

Tunggu masa dia kembali semula ke ranting kayu itu untuk melakukan shoot dia sedang terbang.  Saya biasa guna lense macro-telephoto, anda boleh lah mencuba dengan lense macro mana-mana pun. Dan saya hanya gunakan manual focus

Kumbang itu mungkin akan terbang lari dengan gerakan-gerakan anda, tetapi biasanya dia akan datang kembali berulang-ulang ke ranting kayu tadi. Asalkan anda tidak membuat gerakan terlalu agresif dan bising. 

Maka kena terlalu berhati-hati, perlahan-lahan dan tawakkal kepada Tuhan, insyaAllah anda akan dapat shoot gambar kumbang sedang terbang.

3 - Paling best lighting gambar ialah dengan menembak serangga di waktu tengah panas, natural light dari cahaya matahari yang paling best bagi saya, TANPA menggunakan Flash. Tetapi jika cahaya suram atau gelap, maka anda boleh lah menggunakan Flash dan mengurangkan kekuatan flash dengan mengubah settingnya dalam kamera dan juga menggunakan diffuser. Built-in flash pun kadang-kadang sudah memadai di samping speedlight / external flash.

Tetapi jika mahu lagi bagus, gunalah macro flash yang sudah direka khusus untuk mengurangkan shadow atau membuatkan shadow tidak terlalu gelap dan garang.  Ianya memerlukan kos yang agak tinggi sedikit.

4 - Jika mahu menembak serangga yang biasanya liar dengan lebih mudah, anda boleh menembak di waktu awal pagi atau lewat petang. Waktu itu biasanya serangga-serangga ini berada dalam keadaan santai, berehat-rehat ataupun tidur. Serangga-serangga juga biasanya mengawan / make love pada waktu-waktu begini.

5 - Untuk menghasilkan background yang FULL BOKEH / FULL BLUR, pastikan subjek background agak jauh atau lebih jauh dari subjek utama, dengan aperture yang sesuai bergantung kepada lense dan apa macro filter yang anda gunakan.

Dan untuk menghasilkan bokeh yang cantik, biasanya background pun mestilah dalam keadaan cantik. Berikan tumpuan pada gubahan / komposisi (composition) dalam gambar itu.

6 - Untuk menghasilkan background yang ada bokeh bulat / hexagon dan sewaktu dengannya, pastikan pada background terdapat titik-titik air / water drops yang membiaskan cahaya matahari atau mana-mana cahaya. Biasan cahaya dari air itulah yang biasanya menjadi bokeh bulat-bulat / hexagon pada suatu gambar macro. Contohnya seperti gambar nyamuk di bawah ini;




7 - Untuk mendapatkan lighting yang lembut, selain dari memakai diffuser, atau membuat DIY (Do It Yourself) flash, anda boleh angkat sikit ISO, 400 ke atas ke, setakat yang dapat dan selagi NOISE tidak ketara sangat.  Walaupun cuaca sudah cerah, tetapi jika diangkat ISO lebih tinggi, 'Global illumination' akan semakin baik.

Global illumination tu ibaratnya cahaya dari pelbagai arah akan mencahayakan subjek tu. Maka di tempat gelap tidak menjadi terlalu gelap sangat. Tidak seperti gambar-gambar di atas yang terlalu keras. Saya gunakan ISO 100 belaka pada gambar-gambar di atas.  



Photos, images, pictures, graphics and wallpapers