Gambar Pantai Penunjuk, Kemaman

gambar pantai penunjuk
Gambar Pantai Penunjuk di Kemaman dengan refleksi di atas pantai

Pantai Penunjuk terletak di Kijal, Kemaman, kira-kira 32km dari bandar Chukai , Kemaman.  Sebuah pantai yang mempunyai formasi batu-batu antara yang paling unik di negeri Terengganu.  Banyak yang seperti telah diukir.  Selain dari menjadi perkampungan nelayan, ia juga merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menarik di Terengganu.



gambar pantai penunjuk
Gambar Pantai Penunjuk dengan keadaan suram


Banyak formasi batu-batu yang menarik di Pantai Penunjuk


Gambar laluan air dari laut ke sungai



Kita dapat duduk dan berehat di atas batu-batu besar yang unik dan mengujakan itu  sambil menikmati keindahan ciptaan Tuhan Yang Maha Kuasa



gambar pantai penunjuk
Malangnya air surut pada ketika ini. Saya tidak dapat suasana ombak laut seperti kabus kerana air tidak naik tinggi melanggar batu-batu itu.

Pantai Penunjuk berhampiran dengan Strawberry resort dan juga Awana Kijal Resort & Spa. Antara kemudahan asas yang ada di situ ialah wakaf, jalan yang berturap serta Taman permainan kanak-kanak. 


Fotografi pelancongan Terengganu, Gambar landskap, Amazing Terengganu, Nature pictures, Long exposure, Slow shutter speed shot, Pantai,  Kemaman, Cuti-cuti Malaysia

Categories:

0 comments:

Post a Comment