Sunset di Tasik Kenyir
Tasik Kenyir ialah tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara, terletak di hulu sungai Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu. Tasik ini seluas 2,600km persegi dibina untuk menjana kuasa elektrik, mempunyai 340 pulau kecil di dalamnya.
Foto-foto yang saya shoot ini hanya di bahagian Pengkalan Gawi yang boleh dikunjungi dengan kenderaan darat tanpa perlu menaiki bot.
Night shot di Tasik Kenyir
Pada waktu malam, kawasan di tasik ini agak gelap , amat sesuai untuk menembak 'Star trails' dengan melakukan Long exposure shot.
Batu tunggal dan awan tunggal di Tasik Kenyir
Reflection di Tasik Kenyir
Air yang biasanya tenang seperti gambar di atas boleh didapati di tepi jalan masuk ke Pengkalan Gawi. Sewaktu angin tidak bertiup kuat, suasana air akan menjadi amat tenang dan mewujudkan refleksi yang seakan cermin.
Tempat yang bagus untuk memancing dan menenangkan diri
Gelap nak hujan di Tasik Kenyir
Di persekitaran Tasik Kenyir ini juga terdapat banyak spesis serangga yang boleh diburu oleh peminat-peminat foto macro.
Ulat gonggok yang handsome
Mari melawat Terengganu, Cuti-cuti Malaysia, Foto landskap, Gambar alam
Categories:
Tasik
,
Terengganu
0 comments:
Post a Comment