Air terjun Ulu Yam, Hulu Selangor

 Air terjun di kawasan Hutan Rekreasi Ulu Yam, Selangor

Saya tidak pasti apa sebenarnya air terjun ini dipanggil, tetapi letaknya di tepi jalan sahaja dalam perjalanan ke Ulu Yam dan di kawasan Hutan Rekreasi Ulu Yam.






Di bawah ini pula kawasan jeram yang berada di seberang jalan.

Jeram dengan jambatan kecil ala Jepun



Kawasan jeram ini amat laju airnya selepas hujan lebat, saya sendiri amat terkejut melihatnya , kebetulan selepas shoot hari tu hujan. Airnya yang laju selepas hujan lebat itu seumpama air di sungai ketika musim banjir. Munasabah lah amat merbahaya mandi terutama selepas hujan lebat di kawasan air terjun.

Antara kemudahan awam asas yang disediakan di sini ialah tempat parking kereta, surau, kedai makan, tempat rehat dan chalet.


Mari melawat Selangor, Cuti-cuti Malaysia, Gambar air terjun

Categories: ,

0 comments:

Post a Comment