Air terjun Pancur Bijih, Kuala Terengganu, Terengganu

Gambar air terjun Pancur Bijih







Gambar tumbuhan di pinggir air, reflection dan riyak air


Saya tidak pernah dengar pun sebelum ini ada air terjun di dalam kampung Tepoh. Air terjun yang berdekatan yang saya tahu terletak dalam kampung Bukit Wan, yang diberi nama air terjun Pancur Sebatu.  Tetapi air terjun ini ditambah sikit dengan nama air terjun Pancur Bijih, di dalam kawasan kampung Tepoh, Kuala Terengganu, Terengganu.

Sepertimana juga air di kawasan air terjun Pancur di kampung Bukit Wan, air dari bukit di sini juga digunakan untuk disalurkan ke rumah-rumah sekitar kawasan itu. Mereka membuat saluran paip yang mengunjur dari atas ke bawah. Tetapi saluran itu dibuat di tempat yang lebih atas, bukannya di tempat orang mandi-manda yang saya shoot ini. Maka jimat lah sikit orang-orang di situ jika bercakap soal bekalan air.

Tidak ketinggalan, kepada sesiapa yang suka macro, di situ juga amat sesuai untuk bermacro dengan spesis-spesis serangga yang pelbagai. 

Beliung @ Dragonfly bertubuh biru


Antara spesis tumbuhan di air terjun Pancur Bijih



Mari melawat Terengganu, Cuti-cuti Malaysia, Foto air terjun, Gambar alam

Categories: ,

0 comments:

Post a Comment