Puncak utama air terjun Lata Payung
Air terjun Lata Payung terletak di Hutan Lipur Lata Payung di daerah Setiu sempadan Besut, Terengganu. Untuk sampai ke kemuncak air terjun ini, perlu meredah laluan yang telah disediakan, tetapi bersedialah untuk menghadapi banyak serangan pacat!
Air terjun pada waktu langit cerah
Laluan air di Lata Payung
Jika mahu dibandingkan dengan air terjun Sekayu, saya lebih sukakan keindahan puncak air terjun di sini. Cuma tempatnya belum lagi dipopularkan dan laluan ke situ tidak begitu selesa bagi kunjungan seisi keluarga. Saya harap pihak-pihak yang berkenaan dapat menyediakan laluan yang lebih memudahkan untuk ke sini.
Antara kemudahan asas awam yang ada di bahagian pintu masuk ke sini ialah tempat rehat, surau, jambatan gantung dan tong sampah. Gerai-gerai jualan juga ada berdekatan sini.
Mari melawat Terengganu, Cuti-cuti Malaysia, Foto landskap, Long exposure, Slow shutter
Categories:
Air terjun
,
Terengganu
0 comments:
Post a Comment