Gambar Menara berkembar Petronas KLCC pada waktu subuh, ketika bulan menghampiri horizon
Menara berkembar Petronas ini terletak di pusat kota Metropolitan Kuala Lumpur. Merupakan menara berkembar yang tertinggi di dunia. Jangan salah faham ya, bukannya bangunan yang tertinggi di dunia, kerana bangunan yang tertinggi di dunia buat masa sekarang ialah Burj Khalifa di Dubai.
Di bawah bangunan ini siap ada taman KLCC seluas 17 ekar. Di dalam taman itu ada kolam air pancut yang dihiasi pertunjukan cahaya, taman permainan kanak-kanak, dan ada lorong untuk berjogging dan bersiar-siar.
Gambar Menara berkembar Petronas di waktu malam, Kuala Lumpur City Center @ KLCC
Jejantas yang menghubungi keduanya terletak pada tingkat 41 dan 42, merupakan jejantas 2 tingkat yang tertinggi di dunia.
Categories:
Kuala Lumpur
,
Mercu tanda
0 comments:
Post a Comment