Gambar Pantai Kemasik, Kemaman

gambar pantai kemasik
Gambar Pantai Kemasik pada hari yang mendung

Pantai Kemasik , berada dalam perkampungan nelayan, terletak kira-kira 10km dari bandar Kijal, Kemaman.  Merupakan antara tempat tarikan pelancong juga, lebih-lebih lagi dengan batu besar yang ditumbuhi pokok-pokok di dalam perairan laut. Kelihatannya seperti bukit-bukit kecil di dalam laut.

Ada Taman mini dan Taman permainan kanak-kanak, khas untuk percutian seisi keluarga.  Antara kemudahan asas lain iaitu tempat letak kereta, tandas awam, gerai makanan. 


gambar pantai kemasik

Tidak cukup masa pada hari tersebut untuk menembak gambar batu besar yang popular di hujung sana tu.   Gambar pun tidak sempat rakam banyak, kerana singgah terlalu sekejap , dalam perjalanan ke tempat lain selepas itu.

Di bawah ini pula adalah shooting pada waktu malam pula di kemudian hari, iaitu pada 11 November 2010, ketika dalam perjalanan balik dari Kuala Lumpur bersama sahabat-sahabat saya iaitu Wan Hishamuddin Wan Jusoh, Mohd Syamsul Nik dan Ahmad Azahari.  Gambar-gambar di bawah ini bersama gadget baru saya iaitu Canon 50D dan Sigma 10-20mm lense.


Gambar Night shot di pantai Kemasik


Gambar kekotak di pantai Kemasik


Amazing Terengganu, Cuti-cuti Malaysia, Gambar pantai Kemasik, Foto landskap

Categories:

0 comments:

Post a Comment