Showing posts with label Zoom Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Zoom Terengganu. Show all posts

Sessi panggang ayam di pantai Pandak

Ayam panggang berapi-api di atas pemanggang.  Tetapi sayang, banyak yang hangus akibat dari tidak cukup tangan dan kelemahan merancang dan menyediakan alat.

Kelmarin iaitu 11 Februari 2011, rakan Facebook saya iaitu Nur Khairunnisya Hamzah telah bermurah hati mengajak beberapa orang rakannya termasuk saya untuk menghadiri suatu sessi barbecue ala koboi di pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu , Terengganu.


<
Inilah dia port yang telah menjadi pilihan untuk membakar dan makan beramai-ramai.  Kelihatan dalam gambar dari kanan iaitu Mohd Zaim Hassim, Ahmad Azahari, Nur Khairunnisya, Mohd Syamsul Nik, kawan Nur Khairunnisya (belakang), Aya @ Hadiran Ombak dan Puteri Raudhah yang sedang membuai anak kepada Mohd Syamsul Nik iaitu Adam.


Hanya tangan si Aya @ Hadiran Ombak (nick dalam Facebook) ini sahaja yang saya sempat shoot.  Tak perasan pula muka dia tak sempat shoot satu habuk pun.  Adil lah tu, muka saya sendiri pun tidak masuk dalam gambar juga.


Ahmad Azahari ni dah macam chef dah, memang pandai dia membakar satay. Walaupun banyak juga ayam yang hangus kelmarin, itu pun kerana penyepit ada satu sahaja dan tidak sempat untuk membolak-balikkan ayam.  Ini lah akibatnya tidak merancang betul-betul sebelumnya.


Dua orang jejaka tampan ni (bukan jejaka perasan) memang boleh diharap untuk membakar satay kelmarin.  Waktu ni, anak-anak dara ramainya telah bersantai-santai sahaja tengok. Bukan main lagi! 


Taukeh yang sponsor sessi barbeque ni, Nur Khairunnisya.  Menjeling ke belakang ketika sedang menjadi mandur untuk sessi membakar.



Satay hotdog cucuk juga tidak ketinggalan di samping ayam-ayam panggang. Amacam, sudah meleleh ke tidak?


Ahmad Azahari dan selipar Jepun, bukan selipar Vietnam.  Sedang melakukan aksi Silat Gayung ke, Taichi ke, Taekwondo ke, Tomoi ke apa ntah tu, kasi motion blur sikit.


Mohd Syamsul Nik sedang merenung jauh ke, berjiwang ke, mengelamun ke, rezab ke, control handsome ke ntah lah.  Dia tahu lah tu .......

Sessi panggang ayam sudah bertukar ke sessi photoshoot model pula. Kebetulan Mohd Zaim Hassim juga mengajak kawannya yang bernama Puteri Raudhah (ntah nama sebenar atau hanya samaran). 


Awal-awal lagi Ahmad Azahari sudah rembat untuk laksanakan photoshoot nya. Saya pun apa lagi, tumpang la juga. Candid la apa lagi!  :D


Lihatlah ketekunan dan kesungguhan Ahmad Azahari untuk shoot model (ntah model betul ke atau memang saja minat untuk jadi model). Ahmad Azahari juga merupakan seorang otai gambar kahwin, kalau nak booking dia pun boleh.


Posing di celah batu. Mujur lah model bertudung dan menutup aurat dengan baik lah juga, alhamdulillah.  Jika model tidak menutup aurat dan seksi, saya pun tidak ada masa untuk shoot, sori.


Happy nampak model ni. Ketika ini dia sudah dikerumuni oleh ramai lagi fotografer lain, yang kebetulan juga terserempak di situ. Ada beberapanya yang saya juga kenal.  Untuk gambar di atas, terima kasih kepada Zul Ganu (nick dalam Facebook) kerana bantu memegang off camera flash.


Wajah menagih simpati ke apa ni?  Ada yang kata masa tu, macam anak burung duduk dalam sarang pun ada huhu.  Terima kasih kepada Abdul Manaf Yassin kerana memegang off camera flash.


Aksi Yoga oleh Puteri Raudhah, dengan kasi efek 'Out Of Bound'.   Terima kasih kepada Abdul Manaf Yassin kerana memegang off camera flash.

Terima kasih kepada Nur Khairunnisya Hamzah kerana telah sudi mengadakan sessi makan-makan tu. Terima kasih kepada Mohd Zaim Hassim kerana sudi menumpangkan saya ke situ. Banyak lah juga dapat makan ketul-ketul ayam panggang, mee goreng, satay hotdog, beserta dengan minum air limau Sunquick, alhamdulillah.  Dan terima kasih juga kepada mereka-mereka yang telah memberi kerjasama.  Semoga Allah ta'ala membalas lebih baik lagi kepada anda semua.



Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Grass flower and backlit during sunrise





Grass flower and backlit during sunrise  --  Bunga rumput dan cahaya belakang semasa matahari naik

Equipment used :  Canon EOS 50D , Sigma 70-300mm DG macro telephoto lense


Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Sunrise and a silhouette of a moving boat

Sunrise and a silhouette of a moving boat  --  Matahari naik dan silhouette bot yang sedang bergerak

F/22 , 1/500 Sec , ISO 200 , Focal length 70mm

Equipment used :  Canon EOS 50D , Sigma 70-300mm DG macro telephoto lense


Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Menimba air di perigi

Menimba air di perigi



Salaamun alaikum. Zaman dulu-dulu sewaktu belum ada paip air lagi, begini lah biasanya kaedah orang-orang kita mandi-manda , membasuh pakaian dan seumpamanya , selain dari menggunakan laut dan sungai .......






Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Bokeh batu nisan




Bokeh batu nisan  --  Tombstone bokeh



“Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al Munafiqun: Ayat 11)

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan." (Surah Al Anbiyaa' : Ayat 35)


Equipment :  Canon 50D , Sigma 70-300mm Macro Telephoto lense





Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Red lighthouse with blue sky

Red lighthouse with blue sky


Shot this at pantai kampong Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu, with bro Ahmad Azahari. The sky is so blue and Canon 50D can catch it beautifully and originally, alhamdulillah .......  The lighthouse above is one of the two light houses that exist there. The other one is green. 




Photos, images, pictures, graphics and wallpapers

Festival Vespa ASIA 2010








Salaam. Menembak di Festival Vespa ASIA 2010, Teluk Ketapang, Kuala Terengganu, Terengganu petang tadi bersama kawan-kawan saya iaitu Ahmad Azahari dan BudakLi. Saya terpaksa menggunakan kamera Ahmad Azahari sekejap tadi kerana kamera saya baru kecurian sewaktu saya ke KL baru-baru ini.

Tak sempat shoot banyak dan aksi-aksi menunggang tadi kerana kesian pada tuan kamera tu pulak huhu. Tetapi saya ada rakam video-video nya dengan kamera compact Samsung sahaja.  

Kamera yang digunakan dalam gambar-gambar di atas ialah Canon 50D dengan prime lense 50mm - f1.8


Photos, images, pictures, graphics and wallpapers

Zoom in sunrise

Zoom in sunrise



Sigma 70-300mm telephoto lense 


Aperture = F/25


Shutter = 1/3200 sec


ISO 100


Focal length = 300mm


CROP sikit


TQ ;)





Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Small fireworks on Merdeka night in Terengganu 2010

 Small fireworks and lamps sparkles


Shoot from Pulau Duyong, Kuala Terengganu with Sigma 70-300mm macro telephoto lense.




Small fireworks at area kampong Pulau Kambing, with Menara Felda.  Also shot from Pulau Duyong.


Addition:

A view of a new face of Kampong Cina at Kuala Terengganu town.




A telephoto shot of Allah Peliharakanlah Terengganu lights on Bukit Besar. 


Photos, images, pictures, graphics and wallpapers

Palm tree and reflection on a water

Palm tree and reflection on a water



Photos, images, pictures, graphics and wallpapers

Memeriksa pukat di sungai dari atas bot

Memeriksa pukat di sungai dari atas bot

Pakcik ini sedang memeriksa pukatnya di sebuah sungai di kampung Losong, Kuala Terengganu, Terengganu. Ramai juga nelayan yang tinggal di kampung ini dan mempunyai bot-bot sendiri.


Photos, images, pictures, graphics and wallpapers

Bermain congkak

Playing congkak  --  Bermain congkak


Terimakasih kepada sahabat ambe Abdul Manaf Yasin kerana mengizinkan tangannya menjadi model dalam gambar ini.  Gambar ini di shoot di dalam kawasan muzium negeri Terengganu.




Congkak (Malay pronunciation: [tʃoŋkaʔ]) is a mancala game played in the island of Borneo, Singapore, and Peninsular Malaysia. Minor variants are known as Tchonka, Naranj, Dhakon or Sungka and are played in Indonesia (mostly Java), Sri Lanka, the Maldives, southern Thailand, the Philippines and the Marianas. In Indonesia, it is called "Congklak" meaning cowrie shells, which are often used as pieces. On the island of Java, the variant called "Dhakon" uses little red seeds as pieces. In the Philippines a variant is called "Sungka" and shells are used as pieces.

Congkak is believed to originate from the word ‘congak’ which in old Malay Language means mental calculation (without writing it down). It is believed that the game originated in Malacca Kingdom where it became very popular and spread to the South East Asia region. This spread was due to the many travelers who visited the kingdom because it was a trading city. In the early days, it was thought that this game was for the king and family and palace residents, however later it spread to the general population of the kingdom. As the congkak board is shaped like a boat it is believed that it is based on the legend of a fisherman unable to go to the sea during rainy season who lost his income during this time. To prevent boredom he created this game which is similar to his boat. However, on the island of Java, the board often has a dragon head at each end and the sides of the board (which is made of wood) are carved to look like reptile scales. [Wikipedia]


Photos, images, pictures, graphics and wallpapers

Ambil angin pagi di tepi pantai

Ambil angin pagi di tepi pantai


Seorang pakcik tua sedang mengambil angin di waktu pagi di pantai Mengabang Telipot, Kuala Terengganu, Terengganu.


Photos, images, pictures, graphics and wallpapers

A moon and a shadow



Timbunan pasir, bayang-bayang saya dan kamera di atas tripod dan bulan di tepi pantai Telipot, Batu Rakit, Kuala Terengganu, Terengganu.


Photos, images, pictures, graphics and wallpapers

Menjala atau mengail

Menjala atau mengail


Sila pilih antara dua, nak mengail ke nak menjala?  :D


Location : Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia


Photos, images, pictures, graphics and wallpapers

Misty morning at kampung Banggol Tuan Muda

Misty morning at kampung Banggol Tuan Muda  --  Pagi berkabus di kampung Banggol Tuan Muda

Kampung Banggol Tuan Muda terletak dalam daerah Kuala Nerus, dekat area kampung Manir, Kuala Terengganu, Terengganu.


Photos, images, pictures, graphics and wallpapers

Big grass

Big grass  --  Tumbuhan rumput yang besar dengan buah-buahnya


Gambar ini ditembak di kawasan tasik kecil tepi kompleks sukan Sultan Mizan di kampung Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu.

Photos, images, pictures, graphics and wallpapers

Grass and reflection on a water

Grass and reflection on a water  --  Rumput dan refleksi atas air


Gambar ini ditembak di kawasan tasik kecil tepi kompleks sukan Sultan Mizan di kampung Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu.

Photos, images, pictures, graphics and wallpapers

Romantic water lilies

Romantic waterlilies  --  Bunga Teratai yang romantik

Click the image to enlarge to save as a wallpaper - Size 1680 x 1050  Wide version




Spesis Teratai dan Kiambang memang banyak jenis. Spesis ni saya tembak di kampung Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu.

SOOC , only crop and put watermark

Equipment :  Sony Alpha 200 , Sigma 70-300mm Macro Telephoto lense


Photos, images, pictures, graphics and wallpapers

Tarik pukat dari atas bot di laut

Pulling the fishing net on the boat in the sea  --  Tarik pukat dari atas bot di laut


Foto ini ditembak dari pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu, Terengganu. 




Equipment :  Sony Alpha 200 ,  Sigma 70 - 300mm Macro Telephoto lense


Photos, images, pictures, graphics and wallpapers