Showing posts with label Portraits. Show all posts
Showing posts with label Portraits. Show all posts

Sessi panggang ayam di pantai Pandak

Ayam panggang berapi-api di atas pemanggang.  Tetapi sayang, banyak yang hangus akibat dari tidak cukup tangan dan kelemahan merancang dan menyediakan alat.

Kelmarin iaitu 11 Februari 2011, rakan Facebook saya iaitu Nur Khairunnisya Hamzah telah bermurah hati mengajak beberapa orang rakannya termasuk saya untuk menghadiri suatu sessi barbecue ala koboi di pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu , Terengganu.


<
Inilah dia port yang telah menjadi pilihan untuk membakar dan makan beramai-ramai.  Kelihatan dalam gambar dari kanan iaitu Mohd Zaim Hassim, Ahmad Azahari, Nur Khairunnisya, Mohd Syamsul Nik, kawan Nur Khairunnisya (belakang), Aya @ Hadiran Ombak dan Puteri Raudhah yang sedang membuai anak kepada Mohd Syamsul Nik iaitu Adam.


Hanya tangan si Aya @ Hadiran Ombak (nick dalam Facebook) ini sahaja yang saya sempat shoot.  Tak perasan pula muka dia tak sempat shoot satu habuk pun.  Adil lah tu, muka saya sendiri pun tidak masuk dalam gambar juga.


Ahmad Azahari ni dah macam chef dah, memang pandai dia membakar satay. Walaupun banyak juga ayam yang hangus kelmarin, itu pun kerana penyepit ada satu sahaja dan tidak sempat untuk membolak-balikkan ayam.  Ini lah akibatnya tidak merancang betul-betul sebelumnya.


Dua orang jejaka tampan ni (bukan jejaka perasan) memang boleh diharap untuk membakar satay kelmarin.  Waktu ni, anak-anak dara ramainya telah bersantai-santai sahaja tengok. Bukan main lagi! 


Taukeh yang sponsor sessi barbeque ni, Nur Khairunnisya.  Menjeling ke belakang ketika sedang menjadi mandur untuk sessi membakar.



Satay hotdog cucuk juga tidak ketinggalan di samping ayam-ayam panggang. Amacam, sudah meleleh ke tidak?


Ahmad Azahari dan selipar Jepun, bukan selipar Vietnam.  Sedang melakukan aksi Silat Gayung ke, Taichi ke, Taekwondo ke, Tomoi ke apa ntah tu, kasi motion blur sikit.


Mohd Syamsul Nik sedang merenung jauh ke, berjiwang ke, mengelamun ke, rezab ke, control handsome ke ntah lah.  Dia tahu lah tu .......

Sessi panggang ayam sudah bertukar ke sessi photoshoot model pula. Kebetulan Mohd Zaim Hassim juga mengajak kawannya yang bernama Puteri Raudhah (ntah nama sebenar atau hanya samaran). 


Awal-awal lagi Ahmad Azahari sudah rembat untuk laksanakan photoshoot nya. Saya pun apa lagi, tumpang la juga. Candid la apa lagi!  :D


Lihatlah ketekunan dan kesungguhan Ahmad Azahari untuk shoot model (ntah model betul ke atau memang saja minat untuk jadi model). Ahmad Azahari juga merupakan seorang otai gambar kahwin, kalau nak booking dia pun boleh.


Posing di celah batu. Mujur lah model bertudung dan menutup aurat dengan baik lah juga, alhamdulillah.  Jika model tidak menutup aurat dan seksi, saya pun tidak ada masa untuk shoot, sori.


Happy nampak model ni. Ketika ini dia sudah dikerumuni oleh ramai lagi fotografer lain, yang kebetulan juga terserempak di situ. Ada beberapanya yang saya juga kenal.  Untuk gambar di atas, terima kasih kepada Zul Ganu (nick dalam Facebook) kerana bantu memegang off camera flash.


Wajah menagih simpati ke apa ni?  Ada yang kata masa tu, macam anak burung duduk dalam sarang pun ada huhu.  Terima kasih kepada Abdul Manaf Yassin kerana memegang off camera flash.


Aksi Yoga oleh Puteri Raudhah, dengan kasi efek 'Out Of Bound'.   Terima kasih kepada Abdul Manaf Yassin kerana memegang off camera flash.

Terima kasih kepada Nur Khairunnisya Hamzah kerana telah sudi mengadakan sessi makan-makan tu. Terima kasih kepada Mohd Zaim Hassim kerana sudi menumpangkan saya ke situ. Banyak lah juga dapat makan ketul-ketul ayam panggang, mee goreng, satay hotdog, beserta dengan minum air limau Sunquick, alhamdulillah.  Dan terima kasih juga kepada mereka-mereka yang telah memberi kerjasama.  Semoga Allah ta'ala membalas lebih baik lagi kepada anda semua.



Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Adam portraiture - in black

Adam portraiture - in black

Peace and hi.  This is the son of my friend Mr Mohd Syamsul bin Nik, shot this noon. Isn't he cute?   ;)

Dah lama nak shoot budak cute ni, baru petang tadi dapat peluang. Itu pun ayah dia sendiri yang ajak keluar menembak.  Alang-alang menunggu sunset, maka tembak lah potret anak sulung kesayangannya yang sorang ni di samping tembak juga posing-posing ayah dan ibunya.  Kata seorang fotografer kat sana tadi yang saya pun tidak perasan siapa yang mulakan, sessi petang tadi adalah sessi outdoor bagi Mohd Syamsul Nik dan isterinya.  Kerana dulu masa baru kahwin kata Syamsul, dia tak ber outdoor mana .......

Cute Malaysian kid, Malay portrait, in black photo, Drawing style


Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Harif Manaf's daughter portraiture - in black

Harif Manaf's daughter portraiture - in black

Ada orang kata dia ni si tembam. Walaupun tembam, tetapi sangat cute dan memanggil-manggil untuk orang mencubit pipinya  :D  Sekali tengok macam gambar 3d la pulak, ke guaner?  Hhhmmm


Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Adrea portraiture - in black

Adrea portraiture - in black

Potret seorang anak gadis iaitu anak kepada saudara Zulkifli Husain @ Zulhusain. Saya shot potretnya suatu ketika dahulu dan kini saya edit kembali di dalam Photoshop CS5 agar ianya kelihatan seperti berada di dalam studio ;)


Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Berzikir di waktu malam

Berzikir di waktu malam


Salaam dan selamat sejahtera. Pinjam sepupu saya Mohd Afiq Nasruddin iaitu seorang pelajar di Maahad Tahfiz Darul Quran Padang Midin, Kuala Terengganu untuk menjadi model dalam gambar di atas. Siap memakai jubah dan memegang butir-butir tasbih. 

Bulan di latarbelakang adalah tambahan dari shot saya yang lain. 

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah, ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." (Surah ArRa'du : Ayat 28)


Equipment used :  Canon EOS 50D , Sigma 10-20mm F4-5.6 EX DC lense

Software used : Adobe Photoshop CS5 , Topaz Adjust 4





Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Gadis sedang membungkus Kuih Siput

Lady packing Kuih Siput  --  Gadis sedang membungkus Kuih Siput


Kuih siput in a white small saucer  --  Ini lah wajah kuih siput, diletak dalam piring putih


Close up of kuih siput  --  Kuih siput di zoom dengan lebih dekat lagi  

Salaamun alaikum dan selamat sejahtera. Kuih tersiput sudah dikenali ramai di Malaysia , saya pun tidak pasti dari mana asalnya kuih siput ni. 

[Kuih siput merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum dan tepung ubi dan margerin. Ia kemudian dicampur rempah dan dibentuk seperti siput dengan menggunakan acuan sebelum digoreng dengan minyak masak menggunakan api serdahana perlahan sehingga ia kekuningan dan di angkat, sedia untuk dihidangkan. Sekiranya api terlalu perlahan, adunan tersebut mungkin akan menyerap minyak dan tidak garing. Keadaan ini dikenali sebagai kembang minyak.

Kuih Siput merupakan sejenis kuih yang menjadi kebiasaan untuk dihidangkan pada perayaan seperti hari raya Aidil Fitri.]  - Wikipedia



Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Menimba air di perigi

Menimba air di perigi



Salaamun alaikum. Zaman dulu-dulu sewaktu belum ada paip air lagi, begini lah biasanya kaedah orang-orang kita mandi-manda , membasuh pakaian dan seumpamanya , selain dari menggunakan laut dan sungai .......






Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Menziarahi kubur

Menziarahi kubur


Salaam. Terima kasih kepada Mohd Farez Zulhairey kerana sudi menjadi model saya.  Walaubagaimana pun, semoga moment ni dapat memberi keinsafan juga kepada kita, kerana semua kita ini akan menuju ke kubur juga satu hari nanti dan akan kembali kepada Tuhan pencipta alam semesta.

“Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al Munafiqun: Ayat 11)

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan." (Surah Al Anbiyaa' : Ayat 35)



Equipment :  Canon 50D , Sigma 70-300mm Macro Telephoto lense




Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Portraiture of Harif Manaf's kids

Harif Manaf's daughter


A girl with a blue racket








Harif Manaf's younger son


Harif Manaf's elder son


Thanks to my friend bro Harif Manaf for allowing me to capture his children's portraits .......  Sekali-sekala rasa jugak nak shoot potret :D




Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Ambil angin pagi di tepi pantai

Ambil angin pagi di tepi pantai


Seorang pakcik tua sedang mengambil angin di waktu pagi di pantai Mengabang Telipot, Kuala Terengganu, Terengganu.


Photos, images, pictures, graphics and wallpapers

Adrea portrait

Adrea's portrait (over expose style)  --  Potret Adrea

Adrea ialah anak kepada sahabat saya iaitu Zulkifli Husain  @ ZulHusain.  Memang comel sungguh budak ni, siapa-siapa pun insyaAllah geram tengok dia :D


Photos, images, pictures, graphics and wallpapers

Nur Ain wondering portraiture

Nur Ain wondering

Nur Ain, anak kepada bapa saudara saya iaitu Shahmunir Hj Indong. Dengan emosi yang tertanya-tanya  .......


Portrait photography, Malaysian faces pictures, Malay kids photos

Malaysian kids wheely portraiture


Hanif Zali wheely


Ikhwan wheely



Raja congek basikal kampung Teluk Pasu


boy wheely on the bycycle
Arif wheely


Arif stand on the bycycle


boy wheely on the bycycle
Sifu wheely



Portrait photography, Malaysian faces pictures, Malay kids action photos



Camera used : Sony Alpha 200 DSLR
Software : Photoshop CS3 extended for post-processing
Location : Kuala Terengganu and Setiu, Terengganu, Malaysia

Nurin Jazlin portraiture

malaysian kids portrait
Nurin Jazlin


Portrait photography, Malaysian face picture, Malay kid photos




Camera used : Sony Alpha 200 DSLR
Software : Photoshop CS3 extended for post-processing
Location : Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia

Outdoor Bridal photography - My first shot

malay bride photo1600x1050 - Malay bride photo  --  Foto pengantin Melayu



malay bride photo1600x1050  - Love each other  --  Sayang-menyayang antara satu sama lain


malay bride photo1600x1050  -  Sweet moment  --  Saat manis bersama


malay bride photo1600x1050 - Happy groom  --  Pengantin bahagia


gambar pengantin melayu1600x1050 -  The bride on the old ship  --  Pengantin di atas kapal lama


gambar pengantin melayu1600x1050


gambar pengantin melayu1600x1050 - Always together  --  Sentiasa bersama


gambar pengantin melayu1600x1050 - Dance of the bride  --  Pengantin menari ala cerita Hindustan


gambar pengantin melayu1600x1050


gambar pengantin melayu1600x1050 - Control handsome and pretty  --  Masing-masing control ayu


gambar pengantin melayu1600x1050


Bridal photography, Bride pictures, Malay bride photos



Thanks to my friend Mr Zulhusain for inviting me to shoot along the bridal photos :D

Camera used : Sony Alpha 200 DSLR
Software : Photoshop CS3 extended for post-processing
Location : Terengganu state museum, Losong, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia