Showing posts with label Candid shot. Show all posts
Showing posts with label Candid shot. Show all posts

Sessi panggang ayam di pantai Pandak

Ayam panggang berapi-api di atas pemanggang.  Tetapi sayang, banyak yang hangus akibat dari tidak cukup tangan dan kelemahan merancang dan menyediakan alat.

Kelmarin iaitu 11 Februari 2011, rakan Facebook saya iaitu Nur Khairunnisya Hamzah telah bermurah hati mengajak beberapa orang rakannya termasuk saya untuk menghadiri suatu sessi barbecue ala koboi di pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu , Terengganu.


<
Inilah dia port yang telah menjadi pilihan untuk membakar dan makan beramai-ramai.  Kelihatan dalam gambar dari kanan iaitu Mohd Zaim Hassim, Ahmad Azahari, Nur Khairunnisya, Mohd Syamsul Nik, kawan Nur Khairunnisya (belakang), Aya @ Hadiran Ombak dan Puteri Raudhah yang sedang membuai anak kepada Mohd Syamsul Nik iaitu Adam.


Hanya tangan si Aya @ Hadiran Ombak (nick dalam Facebook) ini sahaja yang saya sempat shoot.  Tak perasan pula muka dia tak sempat shoot satu habuk pun.  Adil lah tu, muka saya sendiri pun tidak masuk dalam gambar juga.


Ahmad Azahari ni dah macam chef dah, memang pandai dia membakar satay. Walaupun banyak juga ayam yang hangus kelmarin, itu pun kerana penyepit ada satu sahaja dan tidak sempat untuk membolak-balikkan ayam.  Ini lah akibatnya tidak merancang betul-betul sebelumnya.


Dua orang jejaka tampan ni (bukan jejaka perasan) memang boleh diharap untuk membakar satay kelmarin.  Waktu ni, anak-anak dara ramainya telah bersantai-santai sahaja tengok. Bukan main lagi! 


Taukeh yang sponsor sessi barbeque ni, Nur Khairunnisya.  Menjeling ke belakang ketika sedang menjadi mandur untuk sessi membakar.



Satay hotdog cucuk juga tidak ketinggalan di samping ayam-ayam panggang. Amacam, sudah meleleh ke tidak?


Ahmad Azahari dan selipar Jepun, bukan selipar Vietnam.  Sedang melakukan aksi Silat Gayung ke, Taichi ke, Taekwondo ke, Tomoi ke apa ntah tu, kasi motion blur sikit.


Mohd Syamsul Nik sedang merenung jauh ke, berjiwang ke, mengelamun ke, rezab ke, control handsome ke ntah lah.  Dia tahu lah tu .......

Sessi panggang ayam sudah bertukar ke sessi photoshoot model pula. Kebetulan Mohd Zaim Hassim juga mengajak kawannya yang bernama Puteri Raudhah (ntah nama sebenar atau hanya samaran). 


Awal-awal lagi Ahmad Azahari sudah rembat untuk laksanakan photoshoot nya. Saya pun apa lagi, tumpang la juga. Candid la apa lagi!  :D


Lihatlah ketekunan dan kesungguhan Ahmad Azahari untuk shoot model (ntah model betul ke atau memang saja minat untuk jadi model). Ahmad Azahari juga merupakan seorang otai gambar kahwin, kalau nak booking dia pun boleh.


Posing di celah batu. Mujur lah model bertudung dan menutup aurat dengan baik lah juga, alhamdulillah.  Jika model tidak menutup aurat dan seksi, saya pun tidak ada masa untuk shoot, sori.


Happy nampak model ni. Ketika ini dia sudah dikerumuni oleh ramai lagi fotografer lain, yang kebetulan juga terserempak di situ. Ada beberapanya yang saya juga kenal.  Untuk gambar di atas, terima kasih kepada Zul Ganu (nick dalam Facebook) kerana bantu memegang off camera flash.


Wajah menagih simpati ke apa ni?  Ada yang kata masa tu, macam anak burung duduk dalam sarang pun ada huhu.  Terima kasih kepada Abdul Manaf Yassin kerana memegang off camera flash.


Aksi Yoga oleh Puteri Raudhah, dengan kasi efek 'Out Of Bound'.   Terima kasih kepada Abdul Manaf Yassin kerana memegang off camera flash.

Terima kasih kepada Nur Khairunnisya Hamzah kerana telah sudi mengadakan sessi makan-makan tu. Terima kasih kepada Mohd Zaim Hassim kerana sudi menumpangkan saya ke situ. Banyak lah juga dapat makan ketul-ketul ayam panggang, mee goreng, satay hotdog, beserta dengan minum air limau Sunquick, alhamdulillah.  Dan terima kasih juga kepada mereka-mereka yang telah memberi kerjasama.  Semoga Allah ta'ala membalas lebih baik lagi kepada anda semua.



Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Aktiviti jogging di tepi Tasik Stadium Sultan Mizan


Jogging activity beside Sultan Mizan Stadium's lake  --  Aktiviti jogging di tepi Tasik Stadium Sultan Mizan


Salaam dan selamat sejahtera.  Boleh dikatakan hampir setiap hari ada orang melakukan aktiviti jogging di tepi tasik Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu.  Sama ada dilakukan pada belah pagi atau pun petang.  Tetapi hari-hari kemuncak adalah biasanya hari Jumaat dan Sabtu.

Mereka datang sama ada dengan keluarga, kawan-kawan dan juga kekasih. Port ini juga dijadikan sebagai tempat memancing ikan, mengambil foto, bersantai dan juga dating :P


Equipment used :  Canon EOS 50D , Sigma 70-300mm DG macro telephoto lense

Software used : Adobe Photoshop CS5 , Topaz Adjust 4




Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Sekitar kepulangan jemaah haji dari Mekah di lapangan terbang Telaga Batin

Sekitar kepulangan jemaah haji dari Mekah di lapangan terbang Telaga Batin




Barang-barang dibawa dengan troli yang disediakan oleh pihak lapangan terbang







Bapa saudara saya, Mr. Abdul Rashid Endong yang baru dapat bertemu semula dengan anak bongsu kesayangan



Isteri kepada bapa saudara saya yang baru dapat bertemu semula dengan anak bongsu kesayangan. Di belakang sana juga bapa saudara saya, iaitu Mohd Shahmuni Endong , abang kepada Abdul Rashid Endong.



Gambar keluarga yang sempat dirakamkan. Maaf lah kepada mereka-mereka yang tidak termasuk, hanya ini yang sempat  :D




Polis trafik datang meronda,  vrroooomm  vvrrooommm!!



Seorang pekerja pembersihan di lapangan terbang



Seorang pekerja menolak troli-troli yang digunakan oleh jemaah-jemaah haji




Sekitar kepulangan jemaah haji dari Mekah di lapangan terbang Telaga Batin, Kuala Terengganu, Terengganu.  Ini sahaja gambar-gambar yang saya rasa ok la sikit.  Rancangan untuk merakamkan moment-moment yang saya kehendaki tidak berjaya. Masa dan keadaan tidak mengizinkan :D

Kejadian-kejadian di atas berlaku pada siang tadi iaitu 16 Disember 2010 , terima kasih :)



Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Pembuat roti canai wanita

Pembuat roti canai wanita


Pertama kali saya jumpa seorang pembuat roti canai wanita. Kedai yang dia bekerja adalah tepi simpang tiga di kampung Gong Badak, bersebelahan dengan kem askar yang boleh menghala ke pantai Teluk Ketapang.  Best jugak roti canai yang dia bikin, jemput lah ke kedainya ;)




Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Pengembala dan lembunya pulang ke rumah

Pengembala dan lembunya pulang ke rumah


Selepas mintak izin dengan pakcik ni, saya pun terus shoot candid beliau, ketika beliau sedang mengheret lembunya untuk pulang. Dengar kata dan ikut arahan tuan juga lembu tu, bagus punya lembu :D  Shot ini dibuat dalam kampung Teluk Pasu, Manir, Kuala Terengganu, Terengganu.......




Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

Memeriksa pukat di sungai dari atas bot

Memeriksa pukat di sungai dari atas bot

Pakcik ini sedang memeriksa pukatnya di sebuah sungai di kampung Losong, Kuala Terengganu, Terengganu. Ramai juga nelayan yang tinggal di kampung ini dan mempunyai bot-bot sendiri.


Photos, images, pictures, graphics and wallpapers

Ambil angin pagi di tepi pantai

Ambil angin pagi di tepi pantai


Seorang pakcik tua sedang mengambil angin di waktu pagi di pantai Mengabang Telipot, Kuala Terengganu, Terengganu.


Photos, images, pictures, graphics and wallpapers

Menjala atau mengail

Menjala atau mengail


Sila pilih antara dua, nak mengail ke nak menjala?  :D


Location : Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia


Photos, images, pictures, graphics and wallpapers

Tarik pukat dari atas bot di laut

Pulling the fishing net on the boat in the sea  --  Tarik pukat dari atas bot di laut


Foto ini ditembak dari pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu, Terengganu. 




Equipment :  Sony Alpha 200 ,  Sigma 70 - 300mm Macro Telephoto lense


Photos, images, pictures, graphics and wallpapers