Showing posts with label Bukit. Show all posts
Showing posts with label Bukit. Show all posts

Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu

Gambar pandangan dari atas Bukit Besar dengan suasana masih berkabus di pagi hari - Versi hitam putih

Bukit Besar ialah sebuah bukit yang terletak dalam kampung Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu. Letaknya betul-betul di depan pasaraya Mydin yang di sebelahnya pasaraya Giant di Padang Hiliran.  Jaraknya dari pusat bandaraya Kuala Terengganu hanya dalam 2km.


Gambar panorama dari atas Bukit Besar


Gambar kabus tebal atas Bukit Besar pada waktu pagi

Pada hari minggu di Terengganu, iaitu hari Jumaat dan Sabtu, ramai orang jogging ke atas bukit ini terutamanya di waktu pagi. Ada beberapa tempat di atas bukit di mana kita dapat melihat pemandangan bawah hingga sayup mata memandang.

Gambar sunrise dari atas Bukit Besar


Mari melawat Terengganu, Cuti-cuti Malaysia, Foto bukit

Bukit Bucu, Kuala Terengganu

sunrise atas bukit bucu
Sunrise / Fajar di puncak Bukit Bucu

Bukit Bucu terletak di dalam kampung Batu Rakit, Kuala Terengganu, di sebuah taman perumahan yang bernama Taman Atikah. Tingginya tidak lah tinggi mana, dalam 7 minit pendakian pun dah boleh sampai ke puncak. Dapat lah tengok pemandangan bawah di daerah Batu Rakit tu hingga ke laut.


misty view on hill

Di waktu pagi juga boleh dilihat suasana berkabus tebal di bahagian bawah bukit, seperti gambar di atas yang telah di zoom in menggunakan lense telephoto Sigma 70-300mm.


pokok periuk kera atas bukit bucu
Spesis pokok Periuk Kera juga boleh dijumpai di atas bukit ini.


Trik lama, teknik fotografi yang diberi nama 'force perspective', bukan foto manipulasi.


dua pendekar bersilat
Bersilat di atas bukit




Amazing Terengganu, Cuti-cuti Malaysia, Hill photos, Gambar landskap