Dilapidated bridge by the river of Kampong Seberang Tok Chik

Dilapidated bridge by the river of Kampong Seberang Tok Chik  --  Titian usang di tepi sungai kampung Seberang Tok Chik



Port klasik (classic port) ni saya terserempak secara sengaja baru-baru ni semasa merayau-rayau dalam perjalanan pulang dari sunrise di pantai Tok Jembal. Kebetulan semalam Harif Manaf ajak jalan-jalan, maka terus la pergi redah tempat ni. 


Pekenakan Kelvin paling rendah iaitu 2500 bagi mengurangkan kesan lampu kedai kat belakang situ, yang menghijaukan sangat cahaya di titian tu. Akibatnya, jadi lah bluey ;)

Expose selama 356 saat , F/8 , ISO 200 , No flash


Equipment :  Canon 50D , Sigma 10-20mm F4-5.6 EX DC lense , Triopo tripod, Shutter release cable


Salaam Ma'al Hijrah 1432. Hayati nasyid di bawah :D

Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam

Untuk sepanjang zaman..






Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

0 comments:

Post a Comment